Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0: Provokasi Mereka dan Kesilapan Kita

Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April 2012 adalah sebuah perhimpunan rakyat terbesar selepas era reformasi 1998/1999 dahulu. Bagi anak muda yang pada era reformasi masih lagi dibangku sekolah rendah atau mungkin ada yang belum dilahirkan kini anda berpeluang menyaksikan himpunan manusia teramai ini. Himpunan inilah yang bakal merubah nasib dan masa depan anak muda pada hari ini kerana dunia ini akhirnya akan milik kita anak muda.

Berbalik kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang berlalu baru - baru ini, ianya merupakan satu lagi siri perhimpunan gabungan pilihanraya bersih dan adil "Bersih" untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Himpunan pada hari tersebut menyaksikan hampir 300 ribu anak semua bangsa seluruh rakyat Malaysia turun ke kota Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang didakwa tempang dalam menguruskan sistem pilihanraya di Malaysia. 

Aku tidak mahu mengulas panjang tentang mengapa rakyat berhimpun atau apa yang dituntut oleh ratusan ribu pendemostrasi tersebut. Aku percaya mereka yang tidak membenarkan diri mereka dibodoh atau menjadi bodoh pasti ada jawapan tentang semua itu. Apa yang aku ingin huraikan dalam tulisan ini adalah perjalanan perhimpunan tersebut yang masing - masing diiumpan dan mengumpan.

Isu pertama yang aku ingin sentuh adalah berkenaan provokasi melampau yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap peserta - peserta demostrasi. Ini boleh dilihat bilamana sewaktu sekita pukul 9 pagi dimana para peserta mula bergerak untuk berkumpul tempat - tempat yang ditetapkan (bukan kedalam dataran merdeka) polis banyak membuat halangan dengan membina benteng anggota polis. Lebih kurang sejam lebih para peserta ini dihalang laluan mereka akhirnya benteng tersebut dilepaskan. Ada juga dimana para peserta terpaksa merempuh bentengan polis bagi membolehkan mereka bergerak. Mungkin arahan polis yang melarang diadakan perarakan, tetapi jika para peserta tidak berjalan bagaimana mereka mahu sampai ke tempat yang ditetapkan adakah mereka perlu tebang dari KLCC ke Masjid Jamek. Apabila mereka berjalan sudah tentu perjalanan mereka itu dalam bentuk kumpulan kerana majoriti mereka ini datang dalam kumpulan dan ramai juga yang tidak tahu jalan dari KLCC ke Masjid Masjid. (bukan polis yang membawa kereta yang diterbalikkan itu sahaja yang tak tahu jalan pintas ke lain ke dataran merdeka). Situasi ini sejak awal lagi telah membangkitkan rasa kurang senang para peserta demostrasi tersebut yang rata - rata datang dengan mood yang gembira.

Semasa perhimpunan sedang berlangsung sekitar jam 1.15 pm, aku sendiri dalam melihat dua buah track Black Maria polis masuk dari arah Jalan Tun Perak. Pada waktu itu dari Pudu Raya hingga ke persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran merdeka telah dipenuhi hampir 100 ribu lebih peserta. Dalam keadaan yang begitu penuh dan padat itu mengapa pihak berkuasa memutuskan untuk track black maria tersebut melalui jalan tersebut di celah - celah para peserta yang ramai. 

Cuba bayangkan jika ada para peserta aku orang tua yang secara tidak sengaja dilanggar oleh black maria tersebut, sudah pastinya ianya akan membangkit kemarahan para peserta dan boleh mengundang kejadian yang lebih buruk. Para peserta yang berang mungkin boleh sahaja dengan mudah memanjat lori tersebut atau menarik pemandu lori tersebut keluar tetapi mujur semua itu tidak berlaku. Jika tidak pasti sejak awal lagi suasana huru - hara akan berlaku. Mungkin mood para peserta yang masih enjoy dengan perhimpunan tersebut disebabkan belum ditembak dengan gas pemedih mata.

Tapi suasana atau mood para peserta mula berubah apabila gas pemedih mata mula dilepaskan pada tepat jam 3 petang. Pada waktu itu para peserta mula bengang dan marah apabila gas pemedih mata dilepaskan kepada mereka. Lebih - lebih para peserta yang berada dibahagian sedikit belakang yang tidak mengetahui segelintir peserta telah memasuki kawasan dataran merdeka yang mana menjadi alasan untuk pihak FRU melepaskan gas pemedih mata. Mereka yang berada dibelakang ini mungkin terpinga - terpinga kepada tiba - tiba gas pemedih mata dilepaskan. Dan kumpulan inilah yang bergerak melarikan diri di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berdekatan dengan SOGO dan Pertama Komplek, yang mana menyaksikan sebuah kereta polis diterbalikkan selang sejam selepas itu.

Dalam suasana tegang begitu tiba - tiba muncul sebuah kereta Jabatan Siasatan Jenayah JSJ milik PDRM yang melalui ditengah - tengah penyokong. Pada mulanya kereta polis tersebut tidak diapa-apakan tetapi seorang individu misteri yang bertshirt kelabu mula melakukan provokasi balas terhadap provokasi pertama. Provokasi yang bermula dengan lontaran botol beralih kepada melompat keatas kereta polis tersebut dan memecahkan cermin kereta polis tersebut hingga menyebabkan kereta polis tersebut hilang kawal lalu melanggar peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang ramai disitu. Dalam situasi ini aku mengutuk tindakkan para peserta demostrasi yang terlibat merosakkkan kereta polis tersebut dan  mudah termakan ajakkan SB yang menyamar sebagai peserta.

Maka skirp mereka ini berjaya bila mana perserta yang marah telah bertindak menterbalikkan kereta polis tersebut atas hasutan lelaki misteri tadi dan ada segelintir peserta yang cuba memukul pemandu kereta polis tersebut. Walaupun aku terlibat dalam perhimpunan tersebut tetapi dalam tindakan para peserta terhadap kereta polis dan polis tersebut aku berkeputusan untuk mengkritik tindakan para peserta tersebut disamping tindakan polis tersebut yang dilihat seakan memprovokasi. 

Namum pujian harus diberikan kepada beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang menyelamatkan pemandu kereta polis tersebut dengan memberi perlindungan kepada anggota polis tersebut dari dipukul. Jika tidak terdapat perlindungan dari para peserta demostrasi tersebut mungkin sekarang ini anggota polis tersebut sedang menjalani urusan soal jawab dengan Mungkar dan Nakir. 

Namum apa yang dapat aku katakan provokasi tertahap para peserta ini lebih berjaya setelah gas pemedih mata dilepaskan kearah mereka. Dan pihak FRU melepaskan gas pemedih kerana ada sekumpulan peserta yang berada di barisan hadapan memecahkan pendahang polis dan masuk ke kawasan dataran merdeka. Jadi pembaca yang bijak rasanya boleh mencari jawapan kenapa segelintir peserta tersebut bertindak memecahkan dan menyerbu masuk ke dataran merdeka. Adakah diarahkan, diasakkan, keterujaan atau pelbagai alasan lagi.

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 Part 3

Pagi 28.04.12 hanya beberapa jam sahaja lagi perhimpunan rakyat bg menyokong Bersih 3.0.kami masih di hotel, kali ini jumlah kami semua sekitar 10 org. aku bersama pemimpin-pemimpin parti politik dan NGO bersama tinggal di hotel lagend ini. masing-masing sibuk dengan persedian demostrasi sebentar sja lagi ,menyusun strategi dan ada juga yg masih lagi tidur. semangat aku makin bertambah selepas mendapat tidur yg cukup smlm.

Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0 part 2

Pagi jumaat 27 april 2012 kami semua bersiap-siap dari masjid negara dan mahu pergi untuk sarapan pn. Tiba-tiba faqar mendapat panggilan dari salah seorang mahasiswa yg mengatakan kumpulan mahasisaa td tetap dan masih berkumpul di dataran merdeka. Kami membatalkan niat utk sarapan sebalik pergi ke dataran merdeka terlebih dahulu bg menemui kumpulan-kumpulan mahasiswa itu td. Aku parking kereta kereta di belakang kelab diraja selangor dan berjalan kaki menyeberangi dataran merdeka yg sudah dipagari dgn 3 lapisan. Mereka kelihatan keletihan kerana semlm mereka berembun kerana khemah telah dirampas oleh dbkl pd mlm smlm. Kami pergi sarapan bersama beberapa pemimpin mahasiwa di sebuah restoran mamak di jalan tun perak. Faqar turut membungkus beberapa makanan dan minimum utk diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa lain di dataran. Sepangjang kami sarapan kami sempat berbual tentang perancangan mahasiswa tersebut kerana dataran telah dipagar dan dikawal ketat oleh polis dab dbkl. Ternyata anak muda mahasiswa ini mempuntai ispirasi cukup tinggi. Selesai sarapan kami kembali semula ke tempat mahasiswa td berkumpul. Setibanya disana kelihatan fahmi rezza salah seorang aktivis mahasiswa sedang memberi sidang media kepada wartawan-wartawan yg ada disitu. Sidang media tersebut menaril perhatian orv ramai yg lalu lalang dan ramai yg membunyikan hon dan menunjukkan isyarat menyokong kepada kumpulan mahasiaw tersebut. Sidang media tersebut juga diperhatikan dgn dekat dan jaub oleh polis cawangan khas dan polis berpakaian seragam. Pihak polis juga tidak putus-putus mengambil gambar kumpulan mahasiswa tersebut. Lebih kurang satu jam lebih dari itu tiba-tiba datang 3 buah bas pasukan polis yg dilihat mahu menghalau atau mungkin menangkap kumpulan mahasisw yg hanya berjumlah sekitar 20 orang. Apabila melihat keadaan mula tegang kami mula beredar dari situ. pada waktu hp aku sudah tidak mampu dihidupksn lagi kerana kehabisan beteri. byk gambar-gambar yg tidask dpt aku rakamkan.  mlm ini aku dan rakan aku tidur di hotel legend kuala lumpur. Hotel ini disewa khas oleh yb mujahid rawa. mlm ini yb mujahid akan bermalam bersama kami. Pada waktu aku sedang menulis ini kawan aku semua  dan rakan blogger yg tinggal sebilik dgn aku sedang berada di dataran merdeka kerana kumpulan mahasisw itu td mahu merampas semula dataran merdeka yg telah ditutup rapi oleh polis dan dbkl. Aku tidak dpt bersama mereka kerana sejak dari hari khamis waktu aku pulang kerha dan ke saat ini akh belum lg tidur. Aku memerlukan rehat yg cukup kerana esok 28.04.12 ibu segak demo iaitu Bersih 3.0 memerlukan tenaga yg cukup byk. Sesungguhnya demo kali ini lebih mendebarkan aku dan aku tidak tahu mengapa debarannya begitu berlainan kali ini.

Bersih 3.0 Part 1


> Aku tiba di kuala lumpur sekitar jam 5pg 27 April 2012 bersama adil, faqar,
> achen dan izmair(naik kereta aku). Setelah melepasi plaza tol jalan duta
> kami terus menuju ke dataran merdeka. Setiba di dataran merdeka kami diberi
> tahu oleh anak-anak muda mahasiswa disitu bahawa mereka baru sahaja dihalau
> oleh DBKL dari tempah asal perkemahan mereka. Pada waktu aku tiba anak-muda
> mahasiswa tersebut sedang berkumpul dlm jumlah sekitar 20 org di bawah
> pokok di seberang jalan dataran merdeka.  Pada waktu itu aku perhatikan
> anggota-anggota DBKL sedang sibuk memagar kawasan sekeliling dataran
> merdeka. Anak-anak muda mahasiswa td tetap bersemangat walaupun keletihan.
> Aku dan rakan aku yg lain selepas itu enuju ke masjid negara utk subuh dan
> berehat di masjid negara bg menghilangkan penat.  Bateri hp aku pd waktu
itu sudah lemah dan menyukarkan aku utk update dgn cepat isu-isu di kuala
lumpur.
>

Wednesday, April 18, 2012

Antara Sempurna dan Menyempurnakan


Kita selalu bercakap tentang kesempurnaan tetapi kita sering terlupa bagaimana untuk menyempurnakan. Baik dalam apa jua hal dalam hidup kita, kita pasti akan mencari yang sempurna. Dalam bidang akademik pelajar akan mencari kesempurnaan dalam keputusan peperiksaan. Tetapi adakah cukup sempurna seorang pelajar itu jika hanya mempunyai keputusan peperiksaan yang sempurna tetapi tidak sedar dan tidak tahu bagaimana untuk menyempurnakan ilmu  yang dipelajarinya. Adakah hanya cukup sekadar lakaran A diatas slip atau transkrip peperiksaan. Jika hanya lakaran A yang dikejar itu dikatakan sempurna ia sebenarnya belum sempurna dan masih lagi perlu kepada proses penyempurnaan.

Seorang pekerja tentu mahukan suasana tempat kerja dan pengurusan tempat kerja yang sempurna. Jika tempat kerjanya atau pengurusannya kurang sempurna pasti pekerja – pekerja ini melahirkan rasa tidak puas hati dan membebel – bebel tentang ketidaksempurnaan yang dirasainya. Namum pernahkah pekerja – pekerja itu tadi memikirkan bagaimana cara untuk menyempurnakan ketidaksempurnaan yang dirasainya itu. Adakah kesempurnaan itu boleh datang dengan sendiri tanpa berbuat apa – apa.

Dalam hidup berkeluarga atau mencari pasangan sudah pasti kita mahukan keluarga yang sempurna. Tetapi apa peranan kita sebagai anggota keluarga untuk menyempurnakan keluarga kita dan bagaimana ianya hendak disempurnakan. Mencari pasangan hidup sudah tentu sesiapa sahaja mahukan pasangan yang sempurna di mata dan di hati kita. Namum pernahkan kita terfikir jika yang datang itu sudah benar – benar sempurna maka peranan kita sudah tiada dan kita hanya akan menjadi pengguna atau dipergunakan. Sudah tentu kita mahu memainkan peranan dalam hidup dan peranan itu datang bila kita mampu untuk melakukan sesuatu agar boleh disempurnakan.

Tidak ada siapa yang tidak mahu sesuatu yang tidak sempurna mungkin ketidaksempurnaan yang kita lihat di depan mata kita itu sempurnanya ada pada kita atau pada orang lain. Oleh itu kita perlu memainkan peranan untuk menyempurnakan sesuatu ketidaksempunaan yang kita kesan baik dalam diri, masyarakat atau persekitaran kita. Sesuatu yang sempurna tidak tidak akan hadir tanpa diusahakan.