Aku kira semua orang tahu apa itu Ah Long dan apa itu Bank. Bunyi dan sebutan kedua-dua perkataan tersebut berbeza tetapi mempunyai satu tugas yang sama iaitu dari sudut kredit. Mari kita lihat persamaan, perbezaan, kebaikkan dan keburukan bagi kedua-dua perkara berikut iaitu Ah Long dan Bank.
Persamaan Ah Long dan Bank:
Ah Long atau pun ceti menjalankan operasi peminjaman wang kepada mereka yang mahu membuat pinjaman. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kepada kemampuan peminjaman. Sesiapa yang pernah meminjam dengan Ah Long pasti mereka tahu proses meminjam dengan Ah Long adakalanya mirip dengan peminjaman dengan bank tetapi sesetangah prosesnya adalah lebih mudah berbanding bank. Bank juga menjalankan urusan peminjaman wang kepada mereka yang mahu meminjam dan jumlah pinjaman juga adalah bergantung kepada kemampuan kedudukan kewangan si peminjam. Ah Long mengenakan kadar feadah atau interest kepada si peminjam dan begitu juga dengan bank yang juga mengenakan kadar feadah kepada si peminjam. Dengan kadar feadah inilah kedua - dua mereka iaitu Ah Long dan bank membuat keuntungan. Mereka iaitu dua - dua ini iaitu Ah Long dan bank adalah aktor utama kapitalis yang bertuhankan wang dan berakidahkan keuntungan.
Perbezaan Ah Long dan Bank:
Mari kita lihat dari sudut Ah Long dahulu. Pertama proses pinjaman dengan Ah Long adalah lebih mudah berbanding bank. Peniaga -peniaga kecil yang menjual goreng pisang tidak perlu menyiapkan proposal dan pelbagai dokumen untuk mendapatkan pinjaman bagi memusing modal perniagaan. Dengan bank, proses pinjamannya agak sukar, jika seorang peniagan yang mahu meminjam untuk peniagaan menjual cendol dia perlu menyiakan kertas kerja dan pelbagai jenis dokumen yang mereka sendiri tidak pernah lihat. Ah Long terutama yang tidak berlesen akan menggunakan cara kekerasan sekiranya peminjam enggan membayar wang yang dipinjam kerana mereka ini intitusi kewangan haram yang tidak mempunyai outoriti untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada peminjam. Bagi pihak bank pula, mereka ini semua intitusi yang sah dan mereka boleh mengenakan tindakkan mahkamah dan membangkrapkan seseorang. Apa yang boleh dilihat, engkar dengan Ah Long merana badan dan engkar dengan bank merana hidup.
Kebaikan Ah long:
Seperti yang disebutkan tadi salah satu kebaikan yang mendorong Ah Long terus wujud adalah proses pinjaman yang mudah dan cepat. Sesetengah Ah Long jumlah ansuran boleh dirunding sehinggan RM10 sehari (bukan semua Ah Long kejam). Tidak perlu beratur panjang dan menahan sakit hati dengan kerani bank yang kerek - kerek belaka. Urusan boleh dijalankan 24 jam sehari dan dimana-mana sahaja.
Kebaikan Bank:
Boleh mendapat pinjaman kredit. Peminjaman tidak diganggu secara fizikal oleh pihak bank. Bagi kakitangan kerajaan mereka boleh mendapat kadar feadah pinjaman peribadi serendah 4 ke 5%. Boleh membuat bayaran melalui potongan gaji.
Keburukan Ah Long:
Kadar feadah pinjaman yang agak tinggi berbanding bank. Tetapi sebenarnya bagi kakitangan swasta kadar feadah pinjaman peribadi dengan bank dan ah long boleh dikatakan hampir sama. Peminjam mungkin diganggu secara fizikal oleh pihak ah long bagi mendesak peminjam membayar pinjaman. Ini kerana ah long tidak boleh menggunakan cara mahkamah.
Keburukan Bank:
Bank juga mengenakan kadar feadah yang tinggi kepada peminjam terutama dari kakitangan swasta. Cas surat menyurat dan caj lewat bayar juga akan dikenakan kepada peminjam. Peminjam akan diganggu secara emosi apabila sering dihubungi pihal bank bagi mendesak membayar ansuran pinjaman. Surat yang dipos juga tidak henti-henti. Dan akhirnya sekali surat mahkamah akan dikeluarkan dan peminjam yang engkar boleh diisytihar bangkrap atau boleh dipenjarakan.
Kesimpulan:
Ah Long dan Bank tidak banyak perbezaan, kesannya hampir sama jika tidak mampu membayar jumlah pinjaman. Jika kita mampu membayar dengan baik jumlah pinjaman ianya tidak membawa apa - apa kesan baik jika meminjam dari Ah Long atau dari Bank. Orang selalu menyalahkan Ah Long kerana selalu bertindak kejam dan ianya digambarkan dengan lebih buruk oleh media massa bagi membela pihak bank, ini kerana mereka tidak mahu bank mengalami kerugian jika orang ramai tidak lagi meminjam dari bank sebaliknya meminjam dari Ah Long. Kadar kekejaman antara bank dan ah long boleh dikatakan sama jika peminjam enggan membayar pinjaman cuba bentuknya saja yang berbeza.
Jika Ah Long itu sifatnya 100% kejam dan begis seperti yang dilaporkan media, sudah tentu industri ah long ini sudah tidak boleh wujud. Tetapi realitinya bukan semua begitu. Seperti yang dikatakan tadi kekejaman dan kejahatan ah long ini sebenarnya dicanang untuk menjana keuntungan bank-bank dalam negara. Jika orang ramai beralih kepada pinjaman ah long sudah tentu bank akan hilang pelanggan dan mengalami kerugian. Hakikatnya kedua-duanya adalah serigala yang berbulu biri-biri dan akan bertindak jika engkar.