Thursday, June 16, 2011

Pengajian Malaysia

Semalam ditempat kerja, bos aku bertanyakan adakah aku boleh mengajar subjek pengajia malaysia. Aku terus menjawab "ya" dan aku memang berminat untuk mengajar subjek tersebut. Aku sudah lama bercita-cita untuk mengajar lagi2 dalam bidang seperti pengajian malaysia. Ini kerana aku dapat mempratikkan apa yang aku belajar sewaktu di universiti dulu.Walaupun terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa dan gaji yang sama tapi aku tetap bersemangat membuat persedian untuk mengajar pada 4 Julai 2011 kerana aku dapat rasakan inilah jiwa aku iaitu menjadi pengajar dalam bidang politik dan kenegaraan.

Monday, June 13, 2011

Hari Pertama Kerja

Hari ini 13 Jun 2011 adalah hari pertama aku bekerja ditempat baru setelah hampir 5 bulan lebih aku menganggur. Aku bekerja disebuah kolej swasta di Bukit Mertajam sebagai pegawai pentadbiran. Aku sendiri belum jelas lagi bagaimana skop kerja sebenar aku. Tapi dari sedikit penerangan yang diberi oleh bos aku tadi aku agak mendapat gambaran tentang bagaimana skop kerja aku. Secara umumnya kerja aku adalah menjaga kebajikan pelajar.

Dengan gaji yang hanya cukup untuk bayar hutang, mahu tak mahu aku terpaksa kerja juga. Mungkin ini zaman kejatuhan aku dan aku perlu bangun semula walaupun dengan gaji yg sebanyak itu(syukur). Aku penah berasa susah, pastu sangat susah, lepas tu zaman senang dan kemewahan dan dengan sekelip mata aku susah balik. Tapi aku perlu terus melawan kitaran ganas kehidupan ini. Dalam hidup kita kena usaha dan selepas itu bertawakal kerana tawakal itu adalah keajaiban hidup.

Friday, June 10, 2011

Seharian punya interview yang hampeh

Semalam 9 Jun 2011 aku telah menghadiri temuduga untuk kali ke-2 bagi jawatan "pensyarah" untuk Intitut Profesional Langkawi yang dulunya dikenali sebagai Kolej Lagenda(kalau tak silap). Interview itu dijalankan di Pejabat Tenaga Rakyat Cawangan Butterworth di Komplek Pentadbiran Persekutuan Kepala Batas. Ramai yang hadir untuk ditemuduga sekitar 30 orang calon untuk dua jawatan Pegawai HEP dan Pensyarah.  Aku tiba sekitar pukul 9 pagi di wisma persekutuan pulau pinang dan terus ke tingkat dua iaitu ke pejabat buruh. Sejuruh tiba di pejabat buruh tersebut aku diarahkan oleh pegawai disitu untuk ke dalam dewan. Rupanya sudah ramai calon yang menunggu didalam dewan tersebut.

Seketika kemudian pegawai dari pejabat buruh datang ke dalam dewan dan memaklumkan yang kami diarahkan menunggu disitu dan sebentar lagi kami akan diambil alih oleh kakitangan Intitut Profesional Langkawi yang akan mengendalikan program temuduga. Selang berapa lama selepas itu, seorang pegawai lelaki dari Intitut Profesioanl Langkawi IPL masuk ke dewan. Dia memaklumkan bahawa kami akan melalui dua sesi temuduga, sesi pertama adalah dalam bentuk perbincangan kumpulan (6 - 7 orang satu kumpulan) dan kedua, sesi mengajar dan soal balas bersama panel (dah serupa interview pegawai tadbir diplomatik la plak).

Berjumpa dengan yang senasib dengan aku
Semasa menunggu sesi pertama bermula, aku sempat berbual dan berkenalan dengan calon-calon lain dalam dewan tersebut, sambil menyiapkan bahan untuk mengajar yang mana tajuknya telah diberikan. Dalam bersuaikenal itu aku mengetahui bahawa ada juga calon yang senasib dengan aku iaitu "kontrak perkhidmatan telah ditamatkan". Seorang rakan yang aku kenal berumur 24 tahun (aku lagi tua) itu memberitahu bahawa dia telah 3 tahun berkhidmat dibawah Kementerian Belia dan Sukan secara kontrak dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Kontrak perkhidmatannya telah ditamatkan pada bulan lepas selepas kerajaan mengumumkan pembekuan pengambilan kakitangan awam. Aku kira pembekuan pengambilan kakitangan awam itu bermakna tiada lagi pengambilan baru, tetapi mereka yang berstatus kontrak juga tidak disambung kontrak mereka(oh rakyat didahulukan....). Seorang lagi rakan yang berjumpa juga menyatakan perkara  yang sama iaitu kontrak perkhidmatan dia juga telah ditamatkan serta - merta tanpa sebarang notis, aku tidak berapa ingat berapa lama dia sudah ditamatkan kontrak dan dengan kementerian mana. Ada juga yang sudah setahun lebih tamat pengajian tapi hanya membantu emak menjual kuih hingga hari ini. Bila aku mendengar kisah-kisah mereka ini, terlintas dihati aku "aku merasakan yang aku sedang susah kerana tiada pekerjaan, rupanya ada lagi yang lebih susah dan besar dugaannya dari aku" kurang-kurangnya aku baru 6 bulan menganggur tanggungang aku cuma sebuah kereta dan kad kredit. Tapi macam kawan aku yang seorang itu, sudahlah dia menganggur, perlu pula menanggung isteri, anak, rumah, kereta, makan minum keluarga yang sudah tentu lebih berat dugaan dan tekanan yang dia rasa. Satu perkara yang aku pelajari dari situ ialah "jangan mengeluh dengan dugaan yang kita terima kerana ada lagi yang lebih besar dugaan yang mereka terima".

Selain dari rakan yang aku kenal yang tidak disambung kontrak, ada juga mereka yang dari bekas guru sandaran tidak terlatih GSTT yang juga menerima nasib yang sama tidak disambung kontrak, juga seorang calon perempuan yang pernah bekerja sama seperti aku dahulu iaitu fasilitator schoolnet tapi di negeri Kedah, mereka yang sedang tunggu kontrak untuk ditamatkan dan calon - calon yang bakal tamat pengajian (fresh). Memang agak serius masalah pengangguran dan pekerjaan di Malaysia ini dan di mana silapnya? Hanya mereka yang berada dalam situasi kami sahaja akan lebih mengerti apa yang kami hadapi. Ini bukan soal terlalu memilih pekerjaan atau sebagainya walaupun ramai orang diluar sana yang tidak merasai akan masalah ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada golongan seperti kami seperti terlalu memilih pekerjaan dan lain - lain.

Menunggu sesi pertama
Aku diletakkan dalam kumpulan ke-3 untuk temuduga sesi pertama, setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk memberi  hujah mereka berdasarkan tajuk yang diberi secara rawak dan setiap kumpulan tidak tahu tajuk apa yang bakal mereka terima sehingga mereka masuk ke dalam dewan temuduga baru tajuk tersebut akan diberikan.

Aku dah mula mengantuk sementara menunggu giliran kumpulan aku tiba, yalah malam sebelum hari temuduga aku tidak tidur semalaman, bukan kerana aku terlalu memikirkan tentang temuduga hingga tidak boleh tidur, tetapi aku memang jenis tidak boleh tidur malam semenjak aku menganggur ini. Selalunya jika ada temuduga keesokan paginya aku akan makan ubat tidur supaya boleh tidur awal tetapi malam itu aku terlupa untuk makan pil tidur, jam 3.00 pagi aku baru pergi makan ubat tidur namum ubat tidur itu gagal memberi sebarang kesan, dan aku hanya tidur-tidur ayam hinggalah kesubuh dan bangun bersiap untuk ke temuduga.

Aku cuba untuk berborak dan bergurau dengan rakan-rakan calon yang lain sementera menunggu giliran kumpulan aku tiba. Ada juga calon - calon perempuan yang cun - cun, rasa macam nak mengorat pun ada pada salah sorang tu,  tapi bila terpikir balik yang aku ni penganggur terus aku mematikan niat aku dan sekadar bersembang dan bergurau biasa saja. Dengan dugaan serta situasi tidak memiliki pekerjaan sekarang, membuatkan aku hilang mood untuk memikir atau mencari pasangan a.k.a awek, tidak seperti lelaki lain yang seusia dengan aku (dah berbini dan ada anak pun ada), ini ditambah lagi dengan pengalaman-pengalaman yang lalu membuatkan aku meletakkan soal pasangan atau awek ini pada peringkat kedua terakhir atau terakhir dalam hidup aku.

Sesi pertama tiba
Sekitar jam 10.30 pagi giliran kumpulan aku tiba untuk sesi temuduga bagi sesi pertama. Ahli kumpulan aku yang lain sebulat suara melantik aku sebagai pengerusi dalam kumpulan kami untuk mengendalikan perbincangan itu nanti. Aku terima saja tanpa sebarang alasan dan cool. Mungkin kerana sudah 9 kali aku menghadiri interview (termasuk yang ini)dalam masa 3 bulan bermula April lalu membuatkan aku langsung tidak merasa gementar aku gugup untuk ke dewan temuguda. Kami menunggu didepan pintu dewan dan menunggu arahan untuk masuk kedalam dewan. Selepas diberi arahan untuk masuk, aku sebagai pengerusi melangkah terlebih dahulu memasuki dewan yang suasananya agak gelap dalam hanya cahaya dari laptop dan projekter sahaja yang menerangi bilik tersebut.

4 orang penal dan 2 pembantu penal menanti kami didalam dewan. Kami mengambil tempat duduk masing-masing di meja mesyuarat di dalam dewan tersebut. Aku diarahkan oleh penal untuk mengambil tempat dibahagian tengah kerana aku sebagai pengerusi dalam kumpulan itu. Kumpulan aku diberikan tajuk lebih kurang bunyinya begini "Didalam sesebuah organisasai atau pun syarikat pada hari ini budaya berpuak - puak selalu terjadi, apakah dan bagaimanakah cara yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini". Tajuk itu terpampang jelas pada skrin projektor yang dipasang. Selepas diberi beberapa penerangan ringkas, kami diminta terus memulakan perbincangan dan hujah - hujah berkenaan tajuk tersebut dalam masa 15minit dan panel tidak akan masuk campur dalam tempoh tersebut.
Tugas aku sebagai pengerusi rupanya agak berat kerana aku perlu mengendalikan perbincangan tersebut agar berjalan lancar, nampak menarik dan profesional. Aku pada mulanya agak "stuck" dan "blur" apabila panel mengarahkan untuk memulakan perbincangan. Aku cuba berlagak cool.. dengan membaca soalan yang terpapar di skrin dengan nada "penganalisis awani" (sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbincangan tersebut) dan menghuraikan secara ringkas tentang soalan tersebut serta sedikit cadangan selepas itu aku menanyakan pendapat ahli kumpulan aku yang pertama. Selepas itu aku mula mendapat rentak untuk mengendalikan perbincangan tersebut. Aku mula mengalihkan soalan tersebut kepada ahli kumpulan aku yang lain agar semua mendapat peluang bercakap dan menonjolkan kebolehan masing-masing. Perbincangan kami mula menjadi rancak dan panas sehingga aku sebagai pengerusi terpaksa memotong cakap ahli kumpulan yang lain bagi mengelakkan dominasi dalam perbincangan tersebut.

Dalam tidak sedar kami telah mencukupi masa yang diberikan dan panel bertindak menghentikan perbincangan kami. Kini giliran panel untuk memberi komen dari perbincangan kami. Penal pertama terus menghemtam aku sebagai pengerusi kerana tindakkan aku memotong cakap ahli kumpulan yang lain kerana katanya tindakan itu membuatkan ahli kumpulan takut untuk berhujah. Panel kedua juga menghentam aku dengan alasan yang sama tetapi kali ini aku memberi alasan yang aku perlu mengejar masa dan memberi peluang kepada ahli kumpulan yang lain untuk bercakap. Alasan itu tidak diterima dan aku buat muka selamber jala....Penal kedua juga menempelak kami kerana tidak menggunakan alasan yang berbentuk keagamaan untuk dalam perbincangan tadi. Panel ketiga tidak memberi apa-apa komen dan panel keempat juga sependapat dengan penal pertama dan kedua terhadap aku. Aku terima kritikan dengan cool..selepas sesi pertama tamat kami diminta untuk tunggu diluar sementara menunggu selesai lagi satu kumpulan.

Rehat dan makan tanpa hisap rokok
Jam sudah menghampiri 12 tengah hari. Kami dibenarkan untuk pergi makan dan datang kembali ditempat menunggu pada jam 2ptg. Aku turun ke tingakat bawah bersama 3 orang rakan yang aku kenal tadi ke cafe yang teletak dalam komplek kerajaan persekutuan cawangan Pulau Pinang itu. Selepas makan dan ke surau dan aku mula sedar yang rokok aku tinggalkan didalam kereta yang aku letakkan di luar kawasan komplek berkenaan. Kali terakhir aku merokok adalah semasa dalam kereta ke sini tadi. Rakan aku yang lain aku perhatikan yang mereka ini tidak merokok. Aku berasa malas untuk berjalan ke kereta untuk mengambil rokok kerana kereta aku letakkan ajak jauh disamping cuaca yang panas. Aku cuba buat relex dan tak mahu hisap rokok, lagi pun tak ada tempat yang sesuai untuk aku merokok dan tak ada geng untuk aku merokok. Boleh pula kali ni aku tak hisap rokok, selalunya kalau selepas makan tak sah dan tak boleh duduk aku kalau tak merokok. Mungkin dengan menjauhkan diri dari merokok, bergaul dengan orang yang tidak merokok, jangan bersendirian dan sibukkan diri sepanjang hari boleh membuatkan seorang perokok berhenti merokok. Haha tidak semudah itu...

Jam 2 petang
Pada jam 2 petang kami kembali semula ke tingkat 2 ke pejabat buruh diruang menunggu kerana suasana disana lebih nyaman dan sejuk berhawa dingin berbanding berada diluar. Tidak berapa lama selepas itu sesi kedua temuduga mula berjalan, kali ini proses temuduga berjalan agak perlahan. Ini kerana calon dipanggil seorang demi seorang masuk ke dewan untuk ditemuduga. Seorang calon mengambil masa 10 hingga 15 minit dari jumlah keseluruhan 30 orang calon. Kalau mengikut perkiraan waktu, memang tidak sempat untuk menghabiskan kesemua 30 orang calon dalam tempoh masa itu. Pukul 5 ptg pejabat kerajaan dah nak tutup, 4.30 dah siap-siap ready nak balik, faham-faham jala.. "gomen...." Calon yang memilih jawatan pegawai HEP dahulu dipanggil masuk ke dewan. Itu bermakna giliran aku lambat lagi untuk tiba. Rasa mengantuk telah mula menyerang aku kembali ditambah lagi dengan kekurangan tembakau dalam badan a.k.a tidak merokok membuatkan aku rasa seperti terawang-awangan. Kalau ada tempat dan "port" yang cantik untuk aku tidur mesti aku akan melakukannya.

Dalam tempoh menunggu itu kami menghabiskan banyak masa berbual dan bertanya tentang hal masing - masing serta bergurau senda, oh Dia disitu. Semua ini membuatkan aku kurang sikit rasa mengantuk dan keinginan aku untuk merokok kurang. Lama menunggu pelbagai topik kami bualkan, ada yang sibuk bertanyakan kepada calon yang baru keluar dari dewan temuduga tentang apa yang disoal dalam dewan tersebut. Aku pun mencuri dengar dan sekali sekala menyampuk.

Letih menunggu
Setelah habis calon untuk jawatan Pegawai HEP, kini tiba giliran calon untuk jawatan pensyarah. Setelah diberi tahu giliran, aku memegang giliran yang terakhir. Iaitu bermakna dalam 30 orang atau yang ke 30. Seorang demi seorang dipanggil masuk ke dewan. Jam lagi 10 minit menunjukkan 5 petang, banyak lampu dalam pejabat buruh berkenaan telah ditutup. Pada masa ini sesi interview telah dipecahkan kepada dua tempat ini bagi mempercepatkan proses termuduga dijalankan. CEO Intitut Profesional Langkawi (juga salah seorang penal) keluar menemui tiga calon terakhir termasuk aku dan meminta kami agar datang keesokkannya kerana masa sudah tidak ada. Dalam hati aku sudah mula merasa hampeh, tetapi atas jasa baik salah seorang pegawai pejabat buruh berkenaan dia membenarkan proses temuduga kami dijalankan hingga jam 5.30petang. Nasib baik, kalau tak nak kena datang esok plak. Akibat terlalu lama menunggu mood aku nak masuk interview pun dah makin hilang. Tapi oh Dia masih situ, selang berapa lama Dia pun hilang.

Tiba giliran aku
Jam lebih kurang pukul 5 petang, giliran aku pun tiba. Aku melangkah masuk ke dewan dengan ucapan "good luck" oleh kawan - kawan yang telah selesai temuduga dan akan beredar pulang. Tapi Dia telah beredar terlebih dulu, lupa aku bertanya namanya. Aku yang cuba bermuka manis terus masuk ke dewan dan terus menyerahkan fail aku kepada salah seorang panel penemuduga. Muka panel-panel penemuduga itu pun semuanya sudah letih dan giliran aku ini mungkin hanya melengkap jadual mereka. Aku terus ke depan  dan berdiri dihadapan penal dengan jarak lebih kurang 15 meter. Aku memberi salam dan kata pembukaan, selepas itu aku terus melakukan ujian mengajar seperti di dewan kuliah. Tajuk yang aku pilih adalah berkenaan perkakasan komputer dan persedian melakukan perbentangan. Aku menjalankan ujian tugasan mengajar aku dengan memperkenalkan perkakasan komputer, input, output, software, hardware dan sebagainya. Selepas itu aku menceritakan kaedah penggunaan powerpoint dalam presentation dan beberapa lain lagi. Lebih kurang 10 minit aku diminta berhenti oleh penal. Selepas itu aku mula diajukan soalan oleh ahli panel penemuduga. Aku ditanya tentang pengalaman kerja dan latarbelakang pekerjaan aku sebelum ini. Aku menjawab kesemuanya dengan lancar dan bersemangat kerana semangat aku sewaktu melakukan presentation a.k.a. ujian mengajar tadi masih ada. Aku juga terlepas cakap yang aku sudah kali sembilan menghadiri temuduga (ini menunjukkan kelemahan aku).

Kucing
Salah seorang panel yang juga merupakan CEO Intitusi Profesional Langkawi menanyakan aku satu soalan  "adakah aku sukakan binatang". Aku menjawab "ya" dan aku memberitahu yang aku sukakan kucing. Penal bertanya lagi, berapa ekor kucing yang aku pelihara. Aku menjawab hampir 20 ekor kucing terdapat di rumah aku hingga terpaksa membuat kandang kucing. Penal itu bertanya lagi, siapa yang selalu memandikan kucing-kucing tersebut, aku cakap emak aku yang selalu mandikan kucing-kucing itu semua. Aku tidak berbohong tentang jumlah kucing tersebut dan memang rumah aku banyak kucing. Panel bertanya lagi kenapa aku sukakan kucing, kali ini aku agak berbohong. Aku menyatakan yang aku sukakan kucing kerana kucing itu comel, manja dan gebu dan ada seekor kucing yang dinamakan "merah", kucing itu begitu manja dengan aku dan selalu menyapa aku tiap kali aku pulang ke rumah. Sebenarnya aku tidak sukakan sangat kucing pun kerana bulunya, kucing-kucing yang banyak dekat rumah aku itu pun emak aku yang pelihara, dan kucing yang namanya "merah" yang aku maksudkan itu pun dah lama mati haha dan satu lagi kucing - kucing dekat rumah aku tak pernah bagi mandi pun..kucing kampung nak bagi mandi buat apa..depa reti mandi sendiri hahaha. Aku sendiri tidak tahu atas perkiraan apa soalan "kucing" itu ditanya dan apa yang panel tersebut mahu cari dari soalan yang begitu. Mungkin ini salah satu kaedah saikologi bagi mengenal identiti seseorang yang mungkin aku sendiri tak tahu.

Hampeh
Setelah selesai soal jawab, tiba giliran panel kedua memberi komen kepada aku. Penal itu bertanyakan adakah aku tahu mengapa aku sering gagal dalam temuduga. Aku menjawab yang ianya mungkin sebab persaingan yang sengit pada sekarang ini. Penal bertanya adakah aku ada jawapan lain. Aku memberi tahu mungkin disebabkan suara dan penyampaian aku yang terlalu lantang. Tak sangka pula rupanya dia mempunyai jawapan yang sama dengan aku. Panel kedua tersebut mengatakan yang aku "over" dalam penyampaian aku dan tidak hormat kepada CEO - CEO yang berada didepan aku sebab itu aku selalu gagal dalam temuduga. Aku hanya akur dengan komen tersebut dan aku sendiri tidak sedar part atau bahagian mana yang aku "over" dalam penyampaian aku. Adakah disebabkan pengakuan "ikhlas" aku tentang kucing tadi atau gaya persembahan aku waktu ujian mengajar tadi. Bagi aku sewaktu aku melakukan ujian mengajar tadi aku telah meletakkan atau membayangkan aku sedang mengajar di dewan kuliah dan dihadapan aku adalah para pelajar seperti mana arahan yang diberi sewaktu awal pagi tadi. Sampai saat ini aku cuba memuhasabah diri mencari dimana yang aku "over" dan "tidak hormat" tadi. Aku kebingungan sampai hari ini... Soalan terakhir penal tersebut bertanya, "jika untuk hari pengijazahan/konvokesyen sesuai atau tidak diletakkan gambar kartun yang memakai baju jubah konvo pada backdrop pentas. Aku menjawab yang ianya tidak sesuai kerana pada hari berkenaan ialah hari pengijazahan yang mana mereka yang terlibat pada hari itu ialah mereka yang cerdik pandai, profesional dan matang. Sekali lagi aku dihentam kerana jawapan aku tidak berlandaskan fakta. eemmm tak pala..Selesai semua itu aku dibenarkan meningkalkan dewan dan bersalaman dengan penal kedua tadi dengan muka yang cool serta tidak menunjukkan yang sedikit pun aku terkesan dengan kritikan dan henteman dia tadi. Aku tidak bersalam dengan panel yang pertama bukan kerana marah tapi kerana dia perempuan (bukan muhrim) dan cukup sekadar aku memberi memberi tanda hormat.

Selesai
Aku terus keluar dari dewan dan terus ke lif, rakan - rakan aku yang lain semua telah tiada disitu, yala dah aku yang last sekali. Oh mungkin Dia pun sudah tiba dirumah dan tak mungkin aku boleh jumpa lagi. Lampu-lampu dalam pejabat buruh tersebut telah banyak yang terpadam (ekfisyen sungguh kakitangan awam bila tamat kerja). Sewaktu melangkah keluar dari lif dan untuk ke kereta aku dihurungi dengan perasaan sepoi dan hampeh. Aku dapat merasakan yang peluang aku untuk diterima kejawatan itu begitu tipis sekali dan mungkin tak ada harapan langsung. Ini berdasarkan komen panel yang aku rasakan itu adalah masej yang ingin diberitahu bahawa "anda tidak layak". Ahhh mampus lah...hati aku mengatakan yang kalau tak dapat pun tak apa kerja tu dan mungkin rezeki aku dekat tempat lain dan mungkin ada orang lain yang lebih layak dan memerlukan pekerjaan itu dari aku seperti kawan aku tadi yang telah ada anak dan bini. Aku juga mendoakan yang rakan aku itu mendapat jawatan tersebut. Hamka pernah mengatakan bahawa tuhan itu maha adil dalam membahagikan nikmat hidup. Tak apa aku akan terus usaha cari kerja lagi.

Pulang
Masuk sahaja dalam kereta, aku terus mencapai rokok yang terselit di dinding kereta aku dan menyalakannya. Lebih 8 jam aku tak merokok hari itu (satu kemajuan utk berhenti merokok), tapi dengan komen dan hentaman itu membuatkan aku lagi kuat nak merokok. Aku terus memandu sambil menghisap rokok dan tiba-tiba terfikir agak-agak Dia dapat tak kerja tu nanti eemm rasanya apalah panel tu komen dekat dia, rasanya tak seteruk aku yang kena komen kut. Dalam perjalanan pulang dari Kepala Batas ke Bukit Mertajam hampir 3  batang rokok hisap. Ianya bukan kerana semata - mata aku begitu kegatihkan rokok, tapi kerana aku bingung dan mencari jawapan dimana yang aku "over" dan "tak hormat" CEO-CEO dekat depan...sampai sekarang aku masih bingung..HAMPEH BETULLLLLLLL....


Nota: Jabatan Tenaga Rakyat juga dirujuk sebagai Pejabat Buruh dalam artikel diatas

Tuesday, June 7, 2011

Apa Itu Subsidi?

Kita selalu mendengar perkataan "subsidi" atau pernah membaca tentang "subsidi". Namum adakah kita benar-benar faham dan jelas akan makna sebenar subsidi atau dengan kata lain Apa Itu Subsidi?. Mungkin ada dari kalangan kita yang memang jelas dan faham makna sebenar subsidi tetapi mungkin juga ada yang kurang faham atau tersalah faham tentang makna sebenar subsidi.

Subsidi ialah sebahagian atau beberapa peratus dari jumlah atau kos sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditanggung oleh sesuatu pihak. Pihak yang terlibat dalam memberi subsidi boleh terdiri dari pengeluar itu sendiri, sesuatu badan atau persatuan dan selalunya adalah kerajaan. Apabila subsidi ini diberi, ianya akan menjadikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu menjadi murah serta tidak terlalu tinggi di pasaran.

Tujuan subsidi ini diberikan adalah untuk mengurangkan harga sesuatu barang dan perkhidmatan di pasaran sekaligus mengurangkan beban kewangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan. Subsidi ini selalunya diberikan kepada barangan keperluan atau perkhidmatan asas yang mana merupakan keperluan penting bagi semua orang atau sesuatu kumpulan seperti pelajar, petani dan sebagainya.

Contoh mudah perkiraan subsidi seperti, sekiranya kos pengeluaran sekilo tepung Rm3.00, apabila dipasaran harga tepung mungkin dijual pada harga Rm3.30 sekilo selepas mengambil kira untung peruncit. Tetapi jika subsidi diberikan kepada kos pengeluaran sekilo tepung itu tadi sebanyak 30sen sekilo terhadap pengeluar, ianya akan membuatkan harga tepung dipasaran akan dijual dengan harga Rm3.00 dan ini tidak membebankan pengguna, peruncit dan juga pengeluar. Sebaliknya pihak yang membayar subsidi itu tadi yang menanggung kos sebanyak 30sen setiap sekilo tepung. 

Harga barangan seperti tepung itu tadi mungkin akan naik di pasaran menjadi Rm3.30 jika subsidi terhadap tepung itu tadi ditarik balik kerana pengeluar terpaksa menanggung sendiri kos sebanyak 30sen itu tadi, sebalik harga tepung tersebut mungkin akan menjadi lebih murah dari Rm3.00 sekilo jika jumlah subsidi ditambah.

Mengapa subsidi diberikan?
Seperti yang saya sebutkan diatas tadi, subsidi diberikan bertujuan mengurangkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dipasaran sekaligus mengurangkan beban pembeli dan pengguna. Misal contoh, sebuah kerajaan mungkin memberikan subsidi kepada beberapa barangan dan keperluan asas rakyatnya bagi mengurangkan kos perbelanjaan rakyatnya, sebuah intitusi pendidikan mungkin memberi atau menampung sebahagaian kos pengajian di intitusi tersebut dan membuatkan kos pengajian dapat direndahkan dan tidak membebankan pelajar-pelajarnya dan sesebuah persatuan mungkin memberi subsidi terhadap sesuatu barangan yang digunakan oleh ahlinya bagi membolehkan ahlinya membeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga sebenar.

Kerajaan dan subsidi
Kebanyakkan kerajaan memberi subsidi kepada kepada barangan dan perkhidmatan asas yang merupakan keperluan kepada rakyat bagi tujuan meringankan beban kewangan rakyatnya. Tetapi terdapat juga kerajaan di beberapa negara yang tidak langsung memberi subsidi kepada apa jua barangan dan perkhidmatan dalam negaranya. Ianya selalu terjadi kepada negara - negara maju yang mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara- negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis secara total seperti Amerika Syarikat.

Bagi negara - negara dunia ketiga dan membangun seperti Malaysia, subsidi selalunya diberikan oleh kerajaan kepada barangan atau perkhidmatan asas rakyatnya. Ini kerana masih terdapat rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tinggi atau dengan kata lain masih terdapat rakyat yang miskin dalam negara berkenaan. Bagi negara - negara komunis dan yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis, barangan serta keperluan asas dalam negara tersebut selalunya ditanggung 100% oleh kerajaan dan membuatkan barangan atau sesuatu perkhidmatan seperti pendidikan dan rawatan kesihatan di negara tersebut menjadi percuma, seperti di China, Cuba, Korea Utara dan beberapa negara lain di eropah. Tetapi cukai yang dikenakan selalunya tinggi pada negara - negara yang begini.

Subsidi wajib atau tidak?
Bagi aku yang berjiwa sosialis serta anti kepada kapitalis, subsidi itu adalah sesuatu yang wajib lagi-lagi kepada sebuah negara yang berdaya saing dan mempunyai hasil dan pendapatan yang tinggi. Namum terdapat sesetengah pihak malahan ada kalangan ahli ekonomi sendiri memperkatakan yang sistem subsidi ini kurang baik kepada pertumbuhan ekonomi negara dan itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Bagi aku dan mungkin mereka-mereka yang sosialis mungkin bersetuju dengan pandangan aku yang mengatakan subsidi adalah salah satu bentuk sesebuah kerajaan memulangkan hasil kekayaan negara kepada rakyat.Dengan pemberian subsidi ni rakyat boleh merasai akan kekayaan negara itu dengan harga barangan serta perkhidmatan yang murah. Jika subsidi ini dihapuskan maka akan terhapus salah satu saluran untuk rakyat menikmati hasil kekayaan negara. Dan satu persoalan akan timbul kemana hasil ini akan disalurkan pula? adakah kepada kroni, adik - beradik atau taukey-taukey besar, sebaliknya rakyat terbeban. Penghapusan subsidi ini selalunya digemari oleh saudagar-saudagar kapitalis tegar yang hanya memikirkan keuntungan semaksimum mungkin dalam sesuatu urusan mereka. Sebaliknya jika subsidi dikenakan keatas sesuatu barang atau perkhidmatan ianya akan membuatkan harga barang atau perkhidmatan itu tadi terkawal dan tidak melambung tinggi sesuka hati dipasaran kerana banyak pihak akan mempersoalkannya jika ia berlaku. Situasi ini akan membuatkan saudagar-saudagar kapitalis tegar ini tidak boleh mengaut untung berlibat kali ganda.

Dr Asri-Tawakkal Adalah Keanjaiban Hidup


Base Lending Rate (BLR)

Sebenarnya aku tidak berapa arif berkenaan BLR ini tetapi atas permintaan salah seorang pembaca blog ini berkenaan BLR aku cuba juga untuk mengumpul maklumat bagi menceritakan berkenaan BLR ini. BLR  membawa kepada makna Base Lending Rate atau Kadar Faedah tetap. Kadar BLR ditentukan oleh bank-bank dalam Malaysia dengan berpandukan OPR (Overnight policy rate) yang ditentukan oleh Bank Negara. Ini bermakna jika Bank Negara menetapkan kadar OPR yang tinggi maka bank - bank juga akan menaikkan kadar BLR mereka dan begitulah sebaliknya. Bank Negara menentukan OPR berdasarkan kepada pertumbuhan dan situasi semasa ekonomi. Jika ekonomi merosot mungkin kadar OPR oleh bank negara akan meningkat dan berpandukan dari OPR bank negara ini, bank-bank dalam Malaysia juga akan menaikkan kadar BLR nya. Ini akan menjadikan installment peminjam akan meningkat. Kaedah ini selalu digunapakai pada sistem kewangan atau pinjaman conventional yang selalunya ada naik dan turun.

Kadar turun naik BLR ini boleh memberi petunjuk kepada kita bahawa keadaan ekonomi semasa negara. Pada masa kini kadar BLR adalah seperti berikut. Mengikut sumber yang aku perolehi, Bank Negara akan mengumumkan kenaikkan kadar OPR serta diikuti oleh kenaikan BLR jika ekonomi berada pada tahap kurang baik bagi mengurangkan jumlah peminjam dan menggalakkan rakyat menyimpan wang dan begitu sebaliknya.


Sejauh mana ia mempengaruhi peminjam:
Kadar naik turun BLR ini memang banyak mempengaruhi peminjam yang melakukan pinjaman dari bank. Ini kerana jumlah installment peminjam akan meningkat jika BLR bank dinaikkan dan begitu sebaliknya. Selalunya bank akan menghantar notis kepada peminjam berkenaan kadar BLR yang turun atau naik kepada peminjam bagi memaklumkan kadar BLR semasa. Setakat ini Maybank merupakan bank yang mengenakan kadar BLR tertinggi 5.80% setahun diikuti dengan CIMB. Kadar yang diumumkan baru - baru ini menunjukkan jumlah BLR bank-bank pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu sekitar 5.55% kepada 5.80%, ini menunjukan yang ekonomi negara kita masih belum berada pada tahap baik walaupun kerajaan mengatakan sebaliknya.

Kesan kenaikkan BLR ini akan ditanggung oleh peminjam yang membuat pinjaman dari bank, oleh itu kita perlu sentiasa peka dengan kadar turun naik OPR dan BLR bank ini. Golongan yang selalu peka dengan kadar ORR dan BLR bank - bank ini adalah seperti peniaga dan pelabur. Kita sebagai peminjam biasa juga harus peka dengan perkembangan OPR dan BLR ini bagi persediaan kewangan kita.

Jika pembaca mempunyai sebarang maklumat lain berkenaan BLR yang ingin ditambah atau dikongsi boleh berbuat demikian diruangan komen dibawah.

Sunday, June 5, 2011

Ayat-Ayat Cinta

Aku baru lepas menonton Filem Ayat - Ayat Cinta di Tv3 yang tamat pada pukul 5 petang tadi. Masuk kali ni entah berapa kali aku menonton filem ini yang mula ditayangkan sekitar tahun 2008 dan ini kali pertama aku menonton dari televisyen. Sebelum ni aku hanya menonton di youtube dan download dari internet dan kali ini terlintas bagi aku untuk menulis berkenaan filem ini. Bagi aku filem keluaran Indonesia yang diadaptasi dari dari kisah sebuah novel ini cukup menarik dan sarat dengan mesej - mesej yang berguna dalam kita menjalani kehidupan kita seharian berbanding dengan filem-filem Malaysia yang kosong dan tanyangannya hanya sekadar untuk menghibur berbanding dengan filem Ayat-Ayat Cinta ini yang sifatnya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk mendidik. Namum aku agak tidak berpuas hati dengan tv3 yang memotong babak - babak penting dalam filem berkenaan seperti babak Maria yang beragama Kritian Katolik memberi salam. Sepatutnya babak itu tidak perlu dipotong kerana masyarakat perlu disedarkan bahawa penggunaan salam "assalamualaikum" dan "waalaikumsalam" itu digunakan secara meluas di Mesir dan negara - negara arab lain tanpa mengira bangsa dan agama.Berbanding kita di Malaysia yang hanya menghadkan pengunaan salam itu kepada orang Islam sahaja.

Kisah hidup dan percintaan antara Fahri iaitu seorang penuntut Universiti Al-Azhar Mesir dengan Aishah gadis berketurunan Jerman-Turki disamping gadis-gadis lain yang meminatinya seperti Maria, Nurul dan Nuoron yang membawa hidup Fahri penuh dengan cubaan dan dugaan. Aku bukan mencerita tentang perjalanan filem ini ataupun apa-apa yang tersurat yang dapat dilihat melalui filem ini. Apa yang aku ingin ceritakan adalah berkenaan mesej-mesej tersirat yang terdapat dalam filem ini yang aku kira pengarah filem ini ingin sampaikan dan aku juga percaya bukan semua antara kita yang walau berpuluh kali menyaksikan filem ini dapat melihat dan membaca apa mesej-mesej tersirat yang terdapat dalam filem ini.

Pertama filem ini menyampaikan mesej yang bahawa Islam ini bukan agama yang ekstrem atau ganas seperti mana yang difahami oleh sesetengah pihak.  Mesej ini disampaikan melalui babak dua orang warga Amerika yang cuba diperlakukan dengan kasar oleh seorang warga arab mesir didalam bas. Aisha yang cuba memberikan tempat duduk kepada ibu warga Amerika tersebut disergah dan dimarahi oleh seorang lelaki warga arab mesir kerana lelaki itu mendakwa Aisha tidak patut memberi pertolongan kepada warga Amerika tersebut kerana Amerika itu terrorist atau pengganas. Sikap Fahri yang menghalang tindakkan kasar dan ganas lelaki arab itu menunjukkan Islam bukan bersikap kasar begitu dan menyarankan umatnya bersikap adil kepada semua pihak.

Filem ini memaparkan urusan perkahwinan itu tidak perlu disulitkan dan perlu dipermudahkan. Filem ini juga memaparkan bagaimana proses Ta`aruh itu dijalankan dan membawa kepada perkahwinan. Petikan dialog "selain dari memenuhi keperluan syariat, perkahwinan juga adalah untuk mendapat ketenangan batin" jelas memberi mesej akan keperluan perkahwinan.

Filem ini juga membawa kita untuk menghayati perhubungan antara dua agama iaitu Islam dan Kristian.  Maria walau seorang kristian katolik, bersahabat baik dengan Fahri yang merupakan seorang lelaki Islam yang baik. Fahri juga melayan Maria sebagai seorang kawan yang baik dan tidak pernah mendiskriminasi Maria walaupun Maria seorang penganut Kristian. Ini jelas sekali lagi menunjukkan yang Islam agama yang begitu syumul yang menuntut umatnya untuk bersikap baik dengan semua orang walaupun dari berlainan pegangan agama.

Filem ini juga mengajar atau cuba mendidik kita agar tidak lalai apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Allah bukan sahaja menguji kita dengan kesusahan tetapi juga turut menguji kita dengan kesenangan dan kemewahan, selalunya manusia boleh menghadapi dugaan yang berbentuk kesusahan tetapi selalunya tewas apabila diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Ini dapat dilihat dengan pada watak Fahri yang sebelum itu merupakan pelajar yang miskin berubah kehidupannya menjadi mewah dan kaya raya selepas berkahwin dengan Aisha. Selepas perkahwinan itu Fahri datang ke kuliah dengan menaiki kereta mewah dan gaya hidup Fahri terus berubah. Namum Fahri cuma melawan dugaan kemewahan itu.

Dan filem ini juga menunjukkan yang Allah itu maha berkuasa dan dapat mengubah nasib seseorang manusia itu dengan sekelip mata. Ini dapat dilihat bilamana Fahri yang hidup dengan serba mewah dan selesa selepas berkahwin dengan Aisha terus berubah kehidupannya selepas dia ditimpa fitnah. Dengan itu Fahri hilang kemewahannya dalam sekelip mata, dia terpaksa meringkuk dalam penjara sementara perbicaraan berlangsung, yang serba tidak selesa serta kotor dan jijik hinggakan dibuang dari Al-Azhar berbanding dengan kehidupannya sebelum itu.

Bagi aku, aku lebih menggemari adegan Fahri didalam penjara kerana pada babak itu banyak mesej-mesej yang berbentuk pengajaran disampaikan. Pertama ketika Fahri mahu sembahyang dan dia gagal untuk khusyuk dalam sembahyangnya lalu menangis teresak-esak. Lalu datang seorang banduan didalam penjara yang sama lalu mengatakan "engkau hanya ingat kepadaNya sewaktu dalam kesusahan" ini jelas mempaparkan tentang kehidupan masyarakat hari ini yang hanya sedar apabila diuji dengan kesusahan dan selalunya lalai apabila diuji dengan kesenangan. Antara dialog yang menarik lain ialah 1-"Allah sedang berbicara dengan mu, agar tidak sombong", 2-"ketika kita dalam kesusahan dan dugaan, itu bermakna Allah sedang berbicara dengan kita tentang sabar dan ikhlas, sabar dan ikhlas itu Islam", 3-"Tuhan bukan untuk orang-orang yang taat sahaja tetapi untuk orang yang berdosa". Dipetik juga kisah Nabi Yusuh dan Zulaika serta doa Nabi Yusuf ketika didalam penjara akibat difitnah oleh Zulaika, "Ya, Allah jika dipenjara ini lebih mulia untuk ku, aku lebih rela ya Allah, dari aku hidup diluar sana dengan mereka yang penuh pendusta"

Filem ini juga mengajar kita tentang perbuatan fitnah yang terkutuk dan bahayanya fitnah. Mesej yang cuba dibawa ialah fitnah itu boleh menghancurkan sesebuah kehidupan. Fitnah akan membuatkan seseorang yang tidak berdosa akan teraniaya, maka sebab itulah Islam melarang keras perbuatan fitnah. Ini boleh dilihat dalam babak Fahri yang difitnah merogol Noruon hingga menyebabkan Fahril menderita didalam penjara dan keluarga beliau di Indonesia juga berada dalam kesedihan akibat dari fitnah ini. Dan yang Hak itu pasti berdiri dan Batil pasti akan kecundang bilamana akhirnya terbongkar akan rancangan jahat untuk menfitnah Fahri.

Selain itu, mesej yang cuba dibawa dalam filem ini adalah berkenaan urusan mencari keadilan. Seseorang yang dihadapkan dengan sesuatu tuduhan mesti diberi peluang seluas-luasnya untuk dia membela diri. Adalah tidak adil menghukum seseorang tanpa ada ruang untuk seseorang itu membela dan mempertahankan dirinya. Selain itu, dalam mencari keadilan, seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah hanya dengan menghadapi sesuatu tuduhan sebelum kesalahan itu berjaya dibuktikan. Ini jelas dapat dilihat dalam watak Aisha yang masih setia dengan Fahri iaitu suaminya walaupun dalam keadaan Fahri menghadapi pertuduhan memperkosa seorang gadis. Bagi Aisha suaminya itu tidak bersalah kerana tidak ada bukti yang menunjukkan suaminya bersalah dan Aisha cuba mencari kebenaran dengan pergi ke rumah sewa Fahri untuk mencari dan mengenali latarbelakang suaminya yang sebenar. Ini menunjukkan yang setia Aisha itu bukannya setia yang membuta tuli tetapi setia kerana kebenaran.

Mesej lain yang terdapat dalam filem ini adalah berkenaan kesetian dan pengorbanan seorang isteri kepada suaminya dan orang lain. Aisha sanggup berkorban dengan mengarahkan Fahri untuk berkahwin (berpoligami) seorang lagi iaitu dengan Maria walaupun hakikatnya hati Aisha terluka. Aisha sanggup mengarahkan Fahri berpoligami kerana Aisha menyedari akan Maria yang sedang berada dalam kesakitan itu terlalu menyintai Fahri dan juga kerana terlalu sayangkan suaminya kerana Maria adalah saksi penting yang boleh menyelamatkan Fahri dari tuduhan fitnah itu. Aisha menyedari, dengan menyatukan Fahri dan Maria boleh membuatkan Maria sedar dan sihat serta mampu untuk menjadi saksi di mahkamah. 

Antara mesej atau pengajaran yang ingin disampai dalam babak - babak terakhir filem berkenaan adalah tentang kehidupan berpoligami. Filem ini cuba menghantar masej bahawa seorang lelaki yang berpoligami perlu tahu apa itu erti keadilan dan bagi isteri-isteri yang dipoligami tentang erti bertolak - ansur. Aku amat mengemari dialog dari sabahat Fahri yang berbunyi, "seorang isteri sahaja belum tentu kamu boleh berlaku adil, inikan pula dua" dan dialog "Fahri, kamu tidak akan bisa menyatukan mereka tetapi kamu bisa berusaha untuk mencari keadilan untuk mereka". Ini bermakna, keadilan itu tidak akan dapat tercapai kerana kita sebagai manusia tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak dalam satu-satu masa tetapi kita mesti terus juga mengusahakannya.

Antara dialog terakhir yang bagi aku membawa mesej yang cukup mendalam ialah dialog yang dialafazkan oleh Maria ketika Maria sedang tenat sebelum meninggal dunia. Dialog tersebut berbunyi "Antara cinta dan keinginan untuk memiliki tidak sama".Dalam kita mencipta kehidupan kita perlu bijak mengenalpasti adakah sesuatu yang kita kejar itu kerana cinta atau keinginan untuk memiliki? Cukup mendalam perumpaan itu dan terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya sendiri.

Kesimpulan, filem Ayat-Ayat Cinta ini memang sarat dengan mesej - mesej yang berguna dan terjawab mengapa pengarah filem ini mengunapakai "Ayat-ayat Cinta" sebagai tajuknya kerana banyak ayat dan dialog yang dituturkan dalam filem ini membawa kita menghayati mesej dan makna cinta yang sebenar.

Friday, June 3, 2011

Bahaya mendengar tanpa membaca

Ramai antara kita pada hari ini biarpun dari golongan luar bandar, golongan kelas menengah malah golongan pelajar sekali pun masih mengguna pakai budaya mendengar tetapi kurang mengamalkan budaya membaca. Mungkin hanya golongan atasan yang membaca untuk menjaga kedudukan mereka dan golongan akademik yang membawa untuk menambahkan nilai akademik mereka. Ini menunjukkan bahawa rakyat negara kita ini hanya lebih gemar untuk mendengar dari membaca.

Mereka akan berdoyong-doyong ke ceramah-ceramah politik untuk mendengar walaupun apa yang disurahkan oleh ahli politik itu hanya isu remeh dan ulang-ulangan yang mana boleh diketahui dengan membaca. Ramai yang menunggu tepat jam 8 malam untuk mendengar berita yang penuh propaganda malahan mereka boleh mengetahui kebenarannya dengan membaca. Ramai anak mahasiswa yang hanya mendengar syarahan pensyarahnya dan membuat catatatkan ringkas untuk dihafal untuk peperiksaan. Menghafal dan membaca adalah dua perkara yang berlainan walaupun perbuatannya sama.

Dengan hanya mendengar tapi tidak membaca adalah satu sikap atau budaya yang kurang sihat. Ini kerana budaya mendengar ini hanya mewujudkan komunikasi sehala oleh mereka yang bercakap dan kepada mereka yang mendengar tambah ada komunikasi balas. Budaya mendengar ini akan menjadikan seseorang itu hanya menurut apa yang didengar dan adakala secara membuta - tuli kerana tidak ada ruang untuk membalas apa yang didengar dan kurang ruang untuk menilai.

Jika kita mengamalkan sikap membaca dan menilai terlebih dahulu apa yang kita bacakan, kemudian baru kita pergi ke proses mendengar ini akan membuat kita tidak mudah terposona dengan dan menggelabah dengan apa yang kita dengan. Ini kerana apa yang kita baca tadi itu akan bertindak menyaring apa yang dengar sekaligus kita tidak mudah diperbodohkan oleh Si Pembawa cerita.

Situasi yang berlaku hari ini dimana masyarakat kita lebih gemar kepada hanya mendengar dan malas untuk membaca. Natijahnya masyarakat akan mudah terposona dan diperbodohkan dengan apa yang mereka dengar kerana apa yang mereka dengan itu akan diterima bulat-bulat tanpa ada proses saringan oleh sebaranag bacaan.

Lebih menjengkelkan lagi, ada pula antara masyarakat mahu berhujah dan mahu mempengarahui orang lain hasil dari pendengaranya sahaja dan bukan dari bacaannya. Mungkin orang yang sikap malas membaca seperti individu itu sahaja yang akan terpengaruh olehnya tetapi bagi mereka yang tinggi bacaannya akan melihat Si Pembawa berita hanya bersandarkan kepada proses mendengar ini adakalanya seperti orang bodoh dan seperti burung kakak tua yang hanya tahu mengajuk bunyinya sahaja tapi langsung tidak memahami maknanya.

Pro & Con laman internet sosial kepada masyarakat

Apa itu halaman sosial atau social networking? Mungkin ramai antara kita yang tahu akan makna perkataan itu atau mungkin juga ada yang masih samar-samar dengan makna perkataan itu tetapi selalu menggunakannya. Halaman sosial atau social networking ini merupakan satu media alternatif atau juga media baru yang wujud pada hari seiring dengan kemunculan internet. Antara contoh halaman sosial yang popular pada hari ini ialah seperti facebook, twitter, foursquare, myspace, friendster, tagged, blog yang anda sedang gunakan ini dan berbagai lagi yang mungkin aku sendiri tidak menyedari akan kemunculannya.

Sewaktu internet mula memasuki Malaysia sekitar pertengahan era 90an, halaman - halaman sosial ini agak kurang menonjol penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin pada waktu itu kelajuan internet di negara kita masih lagi terlalu perlahan berbanding hari ini yang masih lagi perlahan tetapi agak ok berbanding 90an dahulu. Dan semenjak akhir-akhir ini dan seawal tahun 2000 peranaan dan penggunaan halaman sosial ini dilihat begitu signifikan sekali baik kepada individu, kumpulan masyarakat, organisasi, Ngo, parti politik hinggalah kepada golongan pemerintah. Hari ini jika seseorang individu atau lebih-lebih lagi anak muda jika tidak mempunyai akuan facebook sendiri mereka ini akan dilihat tidak "cool" dan ketinggalan. Mat rempit juga pada hari ini telah mempunyai akuan dan aktif berfacebook dalam kehidupan mereka.

Apa peranan halaman sosial dan bagaimana halaman sosial ini berfungsi?. Melalui halaman sosial ini. Setiap individu boleh berhubung antara satu sama lain pada setiap jurang sempadan dan walau dimana sahaja mereka berada. Selagi adanya talian internet dan perkakasan komputer (software dan hardware) pasti perhubungan dan komunikasi melalui halaman sosial ini boleh wujud. Melalui halaman sosial ini, kita boleh menggumpulkan teman, mencari awek, mencari pekerjaan, mendapatkan info-info terkini, berkongsi maklumat, menyebarkan maklumat dan berbagai lagi bergantung kepada kehendak dan tujuan penggunaan kita. Namum dalam semua ini pasti ada pro dan contra nya.

Baik buruk penggunaannya pasti ada dan semua benda dalam dunia ini bukan sahaja halaman sosial mempunyai baik dan buruknya. Malah tidak adil jika sesetengah pihak melihat kemunculan halaman sosial dan media baru ini dengan begitu nagetif sekali. Jika kita mencari keburukan pasti kita akan berjumpa akan keburukan dan jika kita mencari kebaikkan pasti kita akan menjumpai kebaikkan maka untuk lebih adil kita perlu mencari kedua-duanya sekali.

Positif
Antara perkara pro atau positifnya halaman sosial ini kepada masyarakat ialah, jurang komunikasi antara manusia dimuka bumi ini akan mengecil. Ini dengan kata lain komunikasi antara manusia ini akan menjadi lebih mudah dan murah. Seorang ayah di Bukit Mertajam Penang boleh mengikuti perkembangan dan berkomunikasi dengan anaknya yang belajar di Amerika dengan mudah, cepat dan murah jika kedua-dua mereka mempunyai halaman sosial seperti facebook atau twitter. Keluarganya tidak perlu membuat panggilan antarabangsa yang menelan caj yang begitu mahal atau mengutus surat yang memakan masa untuk sampai dan tidak perlu membazirkan wang membeli tiket untuk ke Amerika bertemu anaknya bagi melepaskan rindu. Dengan halaman sosial ini kedua mereka dapat berhubung dan berkomunikasi baik secara text, percakapan malah sidang video.

Kedua, kita boleh mengumpulkan rakan-rakan kita dengan mudah dan boleh berhubung dengan mereka pada bila - bila masa sahaja yang dikendaki. Rakan-rakan lama yang terpisah semenjak dari dari sekolah rendah atau tadika dapat ditemukan semula dan dikumpul agar sentiasa berhubung melalui halaman sosial ini. Betapa sentimental peranan halaman sosial ini kepada kita yang dapat merasainya. Bayangkan kita mungkin ada yang terpisah dengan saudara sejak berpuluh tahun tapi dengan adanya facebook dan sebagainya kita dapat menjejaki semula saudara kita tersebut tanpa perlu menghabiskan banyak wang untuk mengiklankan di surat khabar atau di televisyen.

Ketiga, maklumat - maklumat dapat dikumpul dengan mudah dan ianya dapat dikongsi dengan mudah, cepat dan murah melalui halaman sosial yang wujud ini. Maklumat seperti akademik, pengetahuan am, kemahiran-kemahiran tertentu dapat disebarkan dengan cepat melalui halaman sosial ini. Kita tidak perlu bertungkus - lumus menyelak akhbar, menjelajah setiap perpustakaan dan sebagainya untuk mencari sesuatu maklumat.

Keempat, yang mungkin lebih popular dalam kalangan remaja dan anak muda ialah boleh mencari awek atau pakwe dengan mudah di halaman sosial :) . Mungkin generasi tua ada yang tidak bersutuju dengan kenyataan ini tetapi mereka juga pernah muda dan cara mereka memikat pasangan mungkin sudah tidak sama dengan genarasi hari ini gunakan.

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan yang boleh saya senaraikan seperti boleh menjalankan perniagaan dengan mudah, promosi dapat dijalankan dengan kos yang rendah dan berkesan dan pelbagai lagi jika saya hendak nyatakan disini.Tetapi cukuplah sekadar perkara positif yang popular yang saya nyata disini dan saya akan sentuh pula akan contra atau perkara nagetif berkenaan halaman sosial ini kepada masyarakat.

Negatif
Antara perkara nagetif yang boleh dan mungkin timbul melalui halaman sosial adalah pertama, penipuan dalam talian. Seperti pemalsuan maklumat, seseorang mungkin tertipu dengan maklumat yang diberikan dan akibatnya mereka menanggung kerugian atau akibat dari perkara itu.

Kedua, halaman sosial ini boleh digunakan untuk tujuan menyebarkan fitnah atau mengaibkan sesuatu pihak dengan mudah dan cepat. Situasi ini pasti mengundang rasa kurang senang pada kumpulan yang terlibat dan boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku.

ketiga, kewujudan halaman sosial ini juga boleh menyebabkan rasa ketagih pengguna untuk menggunakannya dan boleh saya katakan ketagihan kepada halaman sosial hari ini sama seperti ketagihan perokok untuk menghisap rokok. Seorang perokok pasti tidak senang duduk jika tidak dapat merokok dalam satu tempoh masa yang lama begitu juga dengan seorang pengguna halaman sosial pasti tidak senang duduk jika tidak dapat mengakses ke halaman sosialnya dalam satu tempoh masa yang lama hinggakan "smart phone" seperti blackberry atau Iphone memainkan peranan penting hari ini. Jika seorang perokok, rokok pasti sentiasa berada dalam poket seluar atau bajunya dan bila tiba masanya dia akan membawa keluar dan memegangnya. Begitu juga pengguna facebook, blackberry atau Iphone nya pasti akan sentiasa berada dalam poket baju atau seluarnya dan akan membawa keluar apabila mahukannya.

Berbagai lagi keburukan atau nagetifnya akan halaman sosialnya ini jika saya mahu senaraikan. Dan rasanya cukuplah sekadar keburukan-keburukan yang popular yang saya nyatakan disini. Apa yang ingin saya katakan internet dan halaman sosial ini baik buruknya bergantung kepada kepada niat dan tujuan kita. Internet dan halaman sosial ini boleh kita umpamakan seperti pisau atau kenderaan yang kita gunakan pada hari ini seperti kereta atau motosikal.

Perumpaan
Pisau jika kita menggunakannya dengan niat dan cara positif seperti untuk memotong makanan, memasak dan sebagainya maka baiklah jadinya tetapi dalam kita berhati-hati menggunakan pisau itu pun kadang-kadang kita boleh terluka atau terhiris jari kerana risikonya tetap ada dan jika memang kita berniat menggunakan pisau itu untuk tujuan yang jahat seperti membunuh, mengungut orang dan sebagai memang perkara jahat akan terjadi tetapi dalam cubaan kita membunuh orang menggunakan pisau kadang-kadang boleh membunuh kita sendiri.

Motosikal atau kereta jika kita gunakannya untuk tujuan yang baik seperti untuk pergi ke kelas, pergi ke tempat kerja mencari rezeki, pergi ke surau atau lain-lain lagi sudah pasti motosikal atau kereta itu tadi menjadi sesuatu yang positif bagi kita, tetapi dalam kita menunggang dengan cermat motosikal atau kereta ke tempat kerja juga kita boleh terlibat dalam kemalangan kerana risikonya tetap ada dan jika memang mahu gunakan untuk berlumba haram, meragut dan sebagainya sudah pastilah kenderaan itu menjadi sesuatu yang negatif dan risiko perbuatan negatif kita itu juga ada.

Begitulah kesimpulannya yang dapat saya buat dalam memperkatakan "Pro & Con laman internet sosial kepada masyarakat"

Thursday, June 2, 2011

"belajar dekat sini senang saja, kena pandai ambik hati lecturer dan rapat dengan lecturer"

Jika pembaca adalah bekas pelajar atau pelajar mana universiti, politeknik, kolej, maktab perguruan atau mana intitusi pengajian tinggi tempatan yang lain, pernahkah anda mendengar nasihat dari senior sewaktu minggu suaikenal atau orientasi yang berbunyi "belajar dekat sini senang saja, kena pandai ambik hati lecturer dan rapat dengan lecturer" kalau bukan anda dengar pada waktu minggu orientasi pun saya percaya anda mesti pernah terdengar akan bisik-bisik ayat itu dari pelajar lain dan mungkin dari mulut lecturer itu sendiri. Bagi pembaca yang bakal menjejakkan kaki ke intitusi pengajian tinggi tidak berapa lagi sila bersedia untuk mendengar perkataan ini malah mungkin guru-guru kelas atau guru kuanseling anda telah menyebut "ayat" itu kepada anda sebagai persediaan ke intitusi pengajian tinggi kelak.

Sekali imbas akan ayat tersebut memang indah dan bagus serta murni. Ya lah, buat baik dengan orang yang memberi kita ilmu bukankah itu suatu perkara yang cukup baik, malah Islam sendiri menyarankan agar kita memuliakan guru - guru kita. Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti atau intitusi pengajian tinggi pasti anda akan menerima pesanan itu bulat-bulat tanpa sedikit rasa ingin membantah. Namum saya percaya seawal semestar kedua atau paling lewat tahun kedua pengajian pasti anda akan sedar dan nampak masej sebenar dari ayat "belajar dekat sini senang saja, kena pandai ambik hati lecturer dan rapat dengan lecturer". Dan masej ini akan lebih terserlah dengan lebih jelas lagi bila anda sudah berada pada tahun akhir pengajian.

Bagi pembaca yang sudah menamatkan pengajian atau sudah menjadi senior di universiti-universiti pasti anda sudah dapat menangkap apa yang cuba saya maksudkan dan bagi adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke universiti atau intitusi pengajian tinggi pasti masih tertanya-tanya dan bingung tentang apa yang saya ingin maksudkan ini.

Apa yang ingin saya bicarakan ialah tentang budaya bodek, ampu, ambik hati dan lain-lain lagi yang boleh dikatogerikan sebagai "rasuah" yang terbentuk di universiti. Semuanya bermula dengan satu baris ayat yang saya sebut diatas tadi. Bunyinya memang cukup indah, murni dan wangi tapi pelaksanaannya cukup busuk dan hina yang makin menular di universiti-universiti dan intitusi pengajian tinggi tempatan kita pada hari ini.

Cuba bayangkan, pelajar - pelajar anak-anak muda yang di universiti yang bakal menjadi pemimpin, pegawai-pegawai sektor awam dan swasta dan agen perubahan dalam masyarakat apabila keluar dari universiti kelak telah diasuh dengan budaya rasuah semenjak di universiti lagi. Jiwa mereka telah ditanam dengan bibit - bibit dan benih - benih rasuah semanjak menjadi pelajar lagi. Maka tidak hairanlah hari ini jika kita mendengar kes rasuah yang berlaku begitu banyak dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan, pengarah-pengarah syarikat dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Kerana mereka-mereka ini telah diasuh dengan budaya rasuah semenjak menjadi pelajar lagi. Semenjak menjadi pelajar rasuah sudah menjadi "kebiasaan" dalam hidup mereka dan bila mereka bekerja dan berurusan dengan masyarakat rasuah sudah pula menjadi "kemestian".

Di universiti hari ini budaya membawa hadiah kepada pensyarah sewaktu mahu menyerahkan tugasan atau final project boleh dikatakan biasa dan saya sendiri pernah melihat dan terpaksa mengalaminya. Ada yang mengahadiahkan "pen" yang mahal harganya kepada pensyarah pada musim selepas peperiksaan. Ada juga yang sanggup membuat kajian terperinci tentang apa yang pensyarahnya suka demi untuk memastikan agar mereka mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan atau tugasan. Itu yang dalam bentuk barangan dan secara terang - terangan.


Ada pula yang dalam bentuk simbolik yang mana selalu berkunjung ke bilik pensyarah bagi menanyakan khabar. Memang tidak salah berkunjung ke bilik pensyarah tapi biar dalam urusan akademik tapi jika sekadar pergi bertanya khabar dan mengemas meja pensyarah tanpa diminta oleh pensyarah persebut, apakah sebenar tujuannya. Ada pula yang sanggup membelanja pensyarah makan tengah hari apabila menghampiri musim final exam, sedangkan gaji pensyarah itu beribu sebulan berbanding kamu yang makan duit ptptn tapi nak belanja pensyarah. Aku sendiri sewaktu di universiti pernah melihat kawan-kawan aku berkongsi duit untuk membeli set hidangan KFC untuk dihadiahkan kepada pensyarah mereka sewaktu pembentangan kerja khusus mereka. Bagi aku ianya cukup jijik dan memalukan bagi seorang pelajar universiti berkelakuan begitu. Mungkin sebab aku tidak membeli KFC aku hanya mendapat C dalam paper tersebut. Tapi nilai saya bukan semurah harga KFC.

Itu belum lagi yang kita dengar ada pelajar yang sanggup skandal untuk mendapat markah cemerlang. Kalau tidak silap aku pernah beberapa tahun dahulu terpapar kes di akhbar berkenaan kes skandal antara pensyarah dan pelajar hingga membawa kepada pembunuhan. Salah seorang pensyarah aku sendiri pernah menceritakan akan satu peristiwa yang berlaku dimana seseorang pelajar perempuan yang telah menamatkan pengajian dengan begitu cemerlang sekali dan pihak universiti telah memutuskan untuk memberinya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi pelajar tersebut menolak tawaran itu dalam keadaan menangis teresak-esak. Semua orang disitu menjadi pelik dan apabila ditanya kenapa beliau menolak, akhirnya beliau menjawab beliau tidak layak menerima biasiswa itu kerana setiap A yang diperolehinya itu adalah A "kangkang". Maka tergamam semua pegawai-pegawai universiti disitu.

Mungkin ada pihak yang menganggap ini kes terpencil tapi bagi aku ianya bukan kes terpencil dan perkara ini bukan lagi sesuatu yang asing di universiti-universiti atau intitusi-intitusi pengajian tinggi tempatan.

Semua ini berlaku kerana ingin merealisasikan atau menterjemahkan ayat "belajar dekat sini senang saja, kena pandai ambik hati lecturer dan rapat dengan lecturer" . dan gejala rasuah yang makin menjadi-jadi dalam negara kita ini adalah manifestasi dari semua yang disebutkan tadi.