Monday, December 26, 2011

Isnin terakhir dan minggu terakhir 2011

Hari ini Isnin 26 Desember 2011 adalah hari Isnin terakhir dalam tahun 2011 dan berada dalam minggu terakhir  2011. Selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi pada tarikh ini, selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi dengan minggu ini. Jika ditangisi dan diraung seluruh jiwa sekali pun tarik 26 Desember 2011 tidak akan kembali.

Begitulah realiti dalam kehidupan, setiap detik setiap ketika yang berlalu itu tidak akan kita dapat miliki semula walau sekelumit zarah sekalipun. Ya minggu depan masih ada lagi Isnin, ya bulan depan masih lagi ada minggu - minggunya tetapi tidak akan dapat kita pada tarikh dan minggu hari ini. 

Oleh itu, manfaatkanlah apa yang kita ada, nikmatilah apa yang dirasai, periharalah apa yang kita bisa. Kerana apa yang berlalu itu tidak boleh kita miliki lagi. Semuanya akan bertukar menjadi sejarah walaupun dalam keadaan kita suka atau tidak akan sejarah itu. Selesai sahaja anda membaca artikel ini, bacaam anda tadi telah menjadi sejarah kerana anda tidak akan membaca artikel ini pada tarikh dan waktu yang sama seperti anda mula - mula membacanya tadi. Itu kehidupan yang pasti.

Tuesday, December 20, 2011

Jangan Hanya Kerana Susuk Tubuh Itu Anwar Ibrahim


Umum mengetahui Anwar Ibrahim adalah satu tokoh dan ikon yang telah membawa perubahan besar dalam landskap politk tanah air Malaysia. Gelombang reformasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim telah membentuk sosialisasi baru dalam politik Malaysia. Kalau sebelum gelombang reformasi 1998 hanya golongan tua berbaju kemeja dan  bersongkok tinggi sahaja yang menaruh minat tentang politik yang muda langsung tidak berminat tentang politik kerana bagi mereka politik itu kerja orang tua. Tetapi selepas gelombang besar reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim telah mengubah perhatian poltik tanah air. Anak muda dari bangku sekolah hingga ke universiti, dari mat rempit ke minah kilang mula sudah minat dan ingin mengambil tahu tentang politik. Malahan peranan kaum muda tentang politik juga semakin bertambah selepas gelombang reformasi 1998.


Ya semuanya kerana Anwar Ibrahim pada waktu itu dizalimi, diaibkan seadanya yang mana belum pernah wujud dalam sejarah politik dunia moden. Parti Keadilan Nasional yang kemudianya bertukar nama ke Parti Keadilan Rakyat PKR ditubuhkan salah satu faktornya adalah sebab Anwar Ibrahim dan kerana Anwar Ibrahim. Mungkin ada politikus dalam PKR yang akan membantah dan mengatakan PKR bukan semata-mata kerana Anwar Ibrahim tetapi penafian tidak hanya boleh dilakukan dengan kata-kata kerana rakyat Malaysia melihat dan merasa memang faktor Anwar Ibrahim itulah yang memainkan peranan besar dalam PKR dan untuk PKR. Mungkin pahit atau ada politikus yang sedar namum enggan menyedari bahawa jika tiada Anwar Ibrahim PKR mungkin boleh lumpuh. Lihat saja pilihanraya 1999 dimana  PKR pada waktu itu hanya tinggal 1 kerusi dalam parlimen ini kerana pada waktu itu Anwar sedang melanjutkan pengajiannya di Penjara Sungai Buloh.

9 Jan 2012 ini mahkamah akan membuat keputusan tentang tuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai pihak baik dalam PKR, PAS, DAP, UMNO dan Anwar sendiri sudah dapat meramal dengan tepat tentang keputusan yang bakal mahkamah lakukan. Dan kali ini Anwar Ibrahim sekali lagi akan melanjutkan pengajiannya yang mungkin dalam bidang Phd di dalam Penjara Sungai Buloh sekali lagi untuk tempoh 7 atau 8 tahun. Pilihanraya raya umum akan diadakan dalam tempoh selang beberapa lama selepas Anwar Ibrahim dihumban ke penjara. Kalau berdasarkan pengalaman 1999 kita boleh meramalkan apa nasib PKR dalam pilihanraya umum akan datang.

Jadi apa yang boleh kita belajar dari sejarah pilihanraya 1999 ini??? Jawapannya adalah sesuatu perjuangan itu jangan hanya bersandarkan kepada sesuatu susuk tubuh manusia sahaja. Dalam hal ini, perjuangan PKR tidak boleh hanya bersandarkan untuk membela dan bermodalkan Anwar Ibrahim semata-mata. Perjungan ini adalah perjuangan rakyat. Pemimpin datang pemimpin pergi tetapi perjuangan itu mesti terus. Isu yang diperjuangkan mestilah isu rakyat, kemarahan dijalan raya itu adalah kemarahan rakyat dan bukan semata-mata kerana susuk tubuh itu Anwar Ibrahim. Ya memang sejarah menyaksikan Anwar Ibrahim dizalimi tanpa henti  lebih dari 10 tahun dan belum pernah ada pemimpin-pemimpin dalam sejarah dunia dan politik moden hari ini menerima kezaliman dan keaiban seperti Anwar Ibrahim. Bagi aku, ini adalah harga yang paling dan cukup mahal yang dibayar oleh Anwar Ibrahim bagi mematangkan rakyat tentang politik dan pentadbiran Malaysia.

Namum perjuangan rakyat jangan hanya terhenti setakat Anwar Ibrahim. Isu yang dihadapi rakyat adalah isu yang lebih besar dari Anwar Ibrahim. Kepada pejuang rakyat ambil semangat Anwar Ibrahim dan jangan hilang semangat kerana terpenjaranya Anwar Ibrahim. Yang bakal terpenjara itu adalah jasadnya Anwar Ibrahim dan jiwa dan semangat beliau tidak pernah bisa terpenjara dan dipenjara. Semangat Anwar Ibrahim telah melekat dan terbenam ke dalam jiwa rakyat Malaysia dan anak muda yang cerah minda dan jiwa.

Rakyat Mesir bangkit menumbangkan Hosni Mubarak bukan kerana bersandarkan mana-mana tokoh atau pemimpin yang mereka sanjung di Mesir, semangat rakyat Tunisia menghambat Ben Ali bukan kerana ada orang seperti Anwar Ibrahim di Tunisia. Ingat dan ingat Suharto itu tumbang di Indonesia kerana kemarahan anak muda dan mahasiswa serta warga Indonesia yang menentang korupsi Suharto, kemarahan itu bukan datang kerana kegilaan mahu mengangkat Gus Dur menjadi presiden. Taksin dihalau oleh rakyat Thailand ke luar negara bukan kerana Abhisit. Benigno Aquino ditembak mati di lapangan Fillipina, tetapi rakyat Filipina bangkit dengan laungan "People Power" untuk menumbangkan Marcos dan bukan "Hidup Aquino" atau semata-mata kerana matinya Aquino.

Pejuang rakyat dalam Pakatan Rakyat, anak muda mahasiswa, pejuang - pejuang reformasi baca dan belajarlah dengan  sejarah peristiwa-peristiwa revolusi dunia. Lakukan pencerahan dalam perjuangan, politik matang dan perjuangan tulen adalah untuk rakyat terbanyak bukan hanya kerana semata - mata susuk tubuh itu bernama Anwar Ibrahim. Dan ingat dan ingat, Mao Zhi Tong itu disanjung dan diangkat kerana ideologinya dan bukan kerana dia Mao Zhi Tong.

Sunday, December 18, 2011

Kalau Obor Perjuangan Itu Jatuh...


SESUATU yang ramai tidak mahu saksikan ialah pada 9 Januari 2012 ini Anwar Ibrahim akan digiring ke penjara Sungai Buluh untuk meneruskan 'pengajiannya Phdnya' di sana. Rasanya ramai rakyat yang berdoa dan bermunajat serta bersolat hajat memohon agar Anwar tidak di bawa ke penjara. Sekurang-kurangnya biarlah Anwar melalui pilihan raya ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi.


Mereka yang berhati mutmainah akan mengira memejarakan Anwar satu pengkhinatan kepada bangsa Melayu dan negara ini. Sebaliknya mereka yang memakai baju amarah akan melihat satu kejayaan buat mereka. Sesungguhnya mutmanianah dan amarah itu dua nafsu yang jauh beza dan nilai taranya.

Itu harapan dan impian banyak orang terutamanya rakyat yang mahukan perubahan. Tetapi tidak dengan Ha Najib Razak dan kuncu-kuncunya. Bagi Najib pula pengiringan Anwar ke penjara satu keperluan dan satu kebagusan. Hanya dengan memenjarakan Anwar sahaja memberi sedikit harapan untuk Najib terus mengangkat sumpah sebagai PM di hadapan Agong baru.

Kalau pilihan raya ke 13 berjalan dengan sempurna, dengan Anwar masih berada di luar dan tiada sekatan-sekatan baru yang lebih ganas, rasanya impian Najib untuk menjadi PM sudah berkecai. Silap hari bulan Najib akan menjadi perdana menteri dari rahim Umno yang terpendek. Kerana mungkin Najib menghidu itu maka tiada ada pilihan buatnya melainkan menggunakan teori Mahathir Mohamad, penjara Anwar kemudian bubar parlimen.

Katakan pada 9 Januari ini Anwar akan digiring ke penjara, apa jadi dengan Pakatan Rakyat? Ramai orang berkira semangat para pendokong Pakatan Rakyat akan mengendur. Ramai yang menjadi lemah dan gemulai. Keinginan yang membuat-buak kini untuk merampas Putrajaya akan mengendur dengan tiba-tiba kalau Anwar berada di dalam. Kenapa jadi begitu? Kenapa selemah itu jiwa para pejuang sedang jiwa mereka harus menjadi kayu dan batu yang harus menggeras.

Kenapa harus kendur untuk menyerang Putrajaya kalau Anwar berada di penjara. Kenapa harus menjadi lemah gemulai dan berputus asa. Mereka yang melihat hanya Anwar segala-galanya tentu akan meras begitu. Hidup jangan lekas berputus asas. Dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran, menghapuskan kemungkaran... tidak ada hentinya. Ia juga memerlukan nilai harga yang mahal untuk dibayar. Perjuangan itu akan diteruskan hatta Anwar dipenjara 10 kali lagi pun. Ingat tiap dari kita sudah dititik besi kursani perjuangan ke dalam kalbu sebelum kewujudan Anwar lagi.

Para mujahadah dan mujahidah perlu ingat bahawa Anwar bukan segala-galanya. Anwar hanyalah kebetulan saja. Anwar hanya pembawa obor perjuangan saja yang dipilih kerana keberanian dan ketulusannya. Bila tangannya sudah melecur dan terbakar, sebelum obor perjuangan terlerek ke bumi, sambar dan angkatlah setinggi keupayaan yang kita ada. Julanglah ramai-ramai. Di luar sana masih ramai pejuangan kebenaran yang sedia memelucurkan tangannya. Usah risau dan rungsing.

Kalau kita kecut, kalau kita lemah untuk mengangkat obor maka selama itu kezaliman akan bermahajalela dan mengganas sampai ke anak cucu cicit kita. Jangan biarkan lembu terus gemuk .... mari kita relakan jajari jemari kita terbakar dan melecur demi anak cucu masa depan.

Kita haerus mengenali diri kita, siapa diri kita. Yang tidak mengenal diri sendiri itulah yang menjadi masalahnya. Tiap daripada kita semua adalah pembawa obor. Kita adalah pemikul panji-panji perjuangan. Dengan tiadanya Anwar bukan alasan untuk kita berhenti mara dan mengendurkan langkah. Sebaliknya apa yang ditanamkan Anwar jadikan azimat dan tangkai untuk terus mara dan marah. Penyeksaan dan ketidakadilan serta fitnah ke atas Anwar harus dibayar tunai dengan menumbangkan regim zalim.

Anwar sudah bilang dia akan berjuang dari penjara. Penjara baginya bukan tembok batu yang menghentikan segala gerak tindaknya. "Saya akan menyatu padukan dan memperkemaskan ikatan Pakatan Rakyat dari penjara," begitulah kata-kata Anwar. Kalau dari ruang tertutup dan terbatas Anwar masih boleh berjuang, nah bagaimana dengan kita yang bebas menghirup udara di luar ini. Bachul sangatlah kita.... Sesungguhnya setiap dari pendokong keadilan dan pendesak perubahan harus malu dengan Anwar.

Bertolak dari aspirasi dan semangat itu saya melihat Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat dan bersemangat lagi kalau tertakdir Anwar diringkukkan di penjara. Perasaan geram dan marah rakyat akan bercantum untuk memantulkan satu pukulan padu ke arah muka tebal dan bebal UBN. Dengan masuknya Anwar nanti (mudah-mudahan) ia akan menghuru harakan lagi ketumbokan UBN kini sudah siap mara. Marah yang kita simpan tatkala pertama kali beliau di penjara kita keluarkan semua untuk mengiringi langkah melakukan perubahan.

Tetapi saya yakin saat Anwar di giring ke penjara tidak ada lagi air mata yang akan mengalir. Tidak ada lagi suara histeria yang meraung di luar mahkamah kesal dan sebal atas apa yang berlaku. Tiada lagi perempun, gadis dan ibu merintih kehibaan melihat dengan penuh kesenduan saat Anwar di bawa ke Sungai Buluh. Tidak ada lagi. Semua orang kena keringkan air mata untuk tidak ditumpahkan pada 9 Januari.

Tidak ada demostrasi lagi membantah pembawaan Anwar ke Sungai Buluh. Semuanya akan berjalan dengan tenang. Sebab semua orang sudah faham dan sudah masak dengan apa yang berlaku. Semua orang sudah mangli dan semua sudah berazam akan menghadapi saat-saat itu dengan penuh ketabahan dan keberanian. Iya untuk menang dalam peperangan semua orang harus degil dan berani.

Pengalaman lebih 10 tahun lalu memberi kekuatan kepada mereka. Kali ini rakyat tidak lagi menzahirkan kemarahan dengan protes, jerit, laung dan apa juga bentuk fizikal lain. Tetapi rakyat akan protes dengan senyap, laksana kalau mengharungi air, air tidak pun beriak dan berkocak. Kalau merentasi semak, semak usahkan berbunyi patah pun tidak. Rakyat akan protes dalam senyap, rakyat akan membunuh UBN dalam senyum dan tawa.

Rakyat akan menjerut leher penzaliman dengan tali azam dan nekad yang kuat. UBN tidak memahami ini, dan inilah nanti yang akan menjadikan UBN akan mati dalam ketawa sehingga mereka tidak percaya bahawa jasadnya sudah tidak akan bergerak lagi selepas ini. Rakyat bukan mahu melihat dan menanti penghukuman ke Anawar untuk dikatakan zalim, tetapi proses perbicaraan itu menyebabkan rakyat sudah mual dengan UBN.

Kepada pendokong keadilan, kebenaran dan perindu sebuah perubahan - persalinan kerajaan, tenang-tenang sahaja tunggu 9 Januari ini seperti telah berlalu sejuta hari sebelum ini. Kita tidak mampu melawan takdir tetapi ingat kita boleh mengubah skrip yang sudah berada di tangan kita berdasarkan sebuah firman berbunyi; nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kecuali dia sendiri akan mengubahkannya. Dan Tuhan Maha Pengubah. Nah mari kita ubah


Oleh Mohd Sayuti Omar

Monday, December 5, 2011

MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI

INI DIA REALPOLITIK



PRU13 INI APA MAKNYANYA

Pada satu ketika yang agak lama dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering ini boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan sampai radio kami mula bersuara rendah atau hilang terus bunyinya kerana kekurangan bateri. Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak akan menjemur bateri ini. Hasilnya - untuk dua tiga hari kami sekularga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi. 

Untuk saya kongres Parti Keadilan yang baru berlangsung di Pulai minggu lalu samalah seperti kakak saya menjemur bateri kering. Tiga hari berkongres adalah tiga hari bateri dijemur. Hasilnya, sesiapa yang datang ke kongres akan mendapat tenaga baru. Akan mendapat suntikan tenaga apabila mendengar ucapan-ucapan berapi-api dari pelbagai bentuk mulut naga.

Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR telah jelas menunjukan bahawa PKR telah bersedia untuk menghadapi PRU13. Setiausaha Agung PKR telah beberapa kali membuat kenyataan menerangkan bahawa persedian kali ini lebih mantap dari tahun 2008. Berita saperti ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.

Tetapi sebelum memasuki PRU13 ini biar saya membuat surah agar ahli parti dan juga aktivis PKR akan memiliki satu lagi bentuk pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Kenapa pandangan ini jarang dijaja? Mengikut istilah anak anak muda hari ini – pandangan ini adalah ‘pandangan potong stim’. 

Mana mungkin ketika ahli dan para aktivis PKR berjemur untuk mendapat tenaga baru saya cuba menjaja pandangan ini. Pasti ianya akan dilihat kurang sopan. Pandangan ini bukan pandangan terantuk baru nak tengadah. Pandangan ini bertujuan untuk membuka mata agar kita semua agar tidak akan terantuk di tiang atau tersepak tunggul dijalan. Inilah tujuan saya membuka surah.

Bagini kesahnya: Pilihanraya ini telah disediakan semenjak tahun 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihanraya peningalan British ini memiliki ciri-ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti-parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan. 

Tetapi apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan maka telah dilakukan perubahan. Contoh yang jelas ialah masa berkempen ini semakin dipendekkan. Pada PRU 2004 yang lalu para pengundi hanya diberi 8 hari untuk membuat keputusan memilih wakil mereka.

Membuat peraturan baru ini cuba di viagrakan dengan pelbagai hujah. Pada tahun 1974 Parti Komunis Malaya telah dijadikan alasan untuk memendekkan masa berkempen. Menurut lojik SPR ketika itu – jika waktu berkempen panjang maka ianya akan memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk berkempen sama. Dalam suasana Perang Dingin ketika itu ramai orang telah menerima hujah palat ini. 

Kempen - 8 hari – pada tahun 2004 tidak ada apa-apa alasan yang diberi. Mungkin SPR malu untuk memberi tahu orang ramai bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu mahukan masa kempen disingkatkan agar tidak menggangu masa dia hendak tidur.

Sayugia dingati bahawa ditahun tahun sesudah Merdeka dahulu pilihanraya ini dilihat sebagai satu permainan yang menyoronokkan. Ini kerana pada ketika itu harta kekayaan - rial dan dinar - belum lagi memainkan peranan sepenting hari ini. Sistem ekonomi kapitalis belum lagi menjalar ke semua pelusuk. Hari ini sistem ekonomi kapitalis ini telah menyerap ke semua cabang pembudayaan. Dalam masyarakat Melayu sendiri - dari kenduri kahwin hinggalah ke tanah perkuburan – ekonomi kapitalis telah diterima sebagai pemandu.

Apa yang ingin saya hebahkan disini ialah piliharaya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihanraya ini akan terus menyebelahi parti yang sedang memerintah. Pelbagai peraturan diwujudkan semuanya untuk menyusahkan parti yang cuba memecahkan kuasa monopoli United Malay National Organisation.

PRU12 dahulu telah mengubah semua illusi tentang pilihanraya. Pilihanraya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok dimana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka. Sesudah PR12 dengan jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampok kuasa. Kemungkinan kehilangan kuasa ini telah dan sedang melahirkan satu suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.

Apa yang saya maksudkan – dipilihanraya yang lepas-lepas lembaga-lembaga daulah telah digunakan untuk membantu kemenangan United Malay National Organisation. Pengunaan lembaga-lembaga daulah ini telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia lagi. Justeru apa pula yang baru?

Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini – polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain – sedang merasa ancaman datang keatas diri mereka. Lembaga-lembaga daulah ini bukan satu yang abstrak. Di belakang lembaga-lembaga ini ialah sosok sosok dan individu yang telah membuat harta kekayaan dan dapat ‘cari makan’ kerana menyokong United Malay National Organisation.

Justeru jika PRU13 ini akan membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka disinilah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihanraya berpandukan realpolitik. Keluar dari berjemur dengan ilusi pilihanraya dan melihat politik terkini dengan berpandukan realpolitik.

Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput para pembaca untuk menyelami otak para jeneral yang selama ini telah gemok dengan kontrek-kontrek pembelian senjata. Selama beberapa dekad ini para jeneral kita telah berlagak sebagai pakar rujuk membantu Pak Menteri membuat keputusan - sama ada hendak membeli kapal selama dari Sepanyol atau dari Peranchis. 

Kemudian cuba selami apa pula agakanya dalam kepala ketua-ketua polis yang selama ini ‘kenyang’ dengan duit lendir China Doll. Atau kenyang bergendut perut dengan duit hadiah dari tokan penyeludup dadah Iran. Apakah bentuk ancaman yang akan datang kepada mereka ini jika di PRU13 nanti Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?

Ancaman PRU13 ini juga sedang dirasakan oleh kaum pemodal yang besar-besar. Cuba bayangkan apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin. Selama puluhan tahun ini orang-orang kaya ini telah merembat harta kekayaan negara kerana mereka rapat, kenal dan memiliki talian perniagaan dengan para pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?

Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Veloo dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula yang akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini mengunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.

Jika United Malay National Organisation disingkirkan dari kuasa pada PRU13 ini - cuba bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta para pembaca mengingati kembali sidang akhbar Mahathir Muhamad pada petang 2 September 2004 dahulu bilamana Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh. Ingatkan kembali bagaimana saya telah menulis dan menggambarkan Mahathir Muhamad bersendirian dan hanya diiringi oleh isteri dan Mukhriz anaknya. Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti saekor tikus basah - lokoi dan mengigil takut.

Apakah mereka yang saya sebutkan diatas akan berdiam diri? Apakah mereka duduk lena menunggu rakyat meneranjang mereka masuk ke dalam penjara? Apakah mereka tidak merancang untuk memastikan Pakatan Rakyat akan gagal?

Justeru, apa yang saya surahkan ialah gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 nanti. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Justeru kerana ancaman yang kelihatan semakin hampir maka Najib Razak kini sedang bekerja siang dan malam untuk membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan. Contohnya: Rang undang undang Hak Berhimpunan Aman yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa. 

Biar saya jelaskan disini : Pada ketika ini warga Indon, warga Bangla telah diberi kad pengenalan untuk membolehkann mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Dalam masa yang sama Rela, Tentera dan Wataniah telah dipasang dibeberapa kawasan stratejik untuk memastikan calon United Malay National Organisation akan menang. 

Semua perancangan bertujuan memastikan United Malay National Organisation menang dan terus berkuasa sesudah PRU13. Rancangan ini mendapat sokongan dari SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerentah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan-jabatan kerajaan ini semuanya dikepalai oleh sosok yang telah kenyang dengan projek atau mereka kenyang kerana memasang lukah disetiap projek.

Semua lembaga-lembaga daulah yang sekarang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkusasa sesudah PRU13. Orang ramai akan merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan raya sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Mesir. Sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Tehran. Disini Najib telah sedia dengan undang-undang baru. 

Bayangkan merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya berdemo. Denda kesalahan menunjuk perasaan dinaikan mem jadi 20 ribu ringgit. Jika ada YB dari Pakatan Rakyat yang ditangkap dan didenda lebih dari 2000 ringgit pasti mereka akan kehilangan kerusi. 

Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang sedang berkobar-kobar satelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa satu pandangan untuk membukakan mata melihat realpolitik. Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini. Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan ratusan beg-beg tangan Birkinnya di Putrajaya?TT


Sumber: http://tukartiub.blogspot.com/2011/11/memahami-apa-dia-realpolitik-yang-bukan.html

Sunday, November 27, 2011

Sosialis VS Kapitalis


Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.
Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.
Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.
Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.
Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.

SISTEM EKONOMI SOSIALIS
Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.
Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.
Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.
Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.
Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.
Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.
Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?
Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.
Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.
Nota:
Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.
Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.
Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara – minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi – tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.
Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.
Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.
Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.
Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.
Fakta :
Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.
Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.
Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.
Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.
Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI – kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasaBUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.
Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.
Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa – kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

Tuesday, November 22, 2011

Setinggi Taniah Kepada Skuad Harimau Muda

Setinggi tahniah aku ucapkan kepada Skuad Bola Sepak Harimau Muda Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan Sea untuk kali ini. Pujian harus diberikan kepada pemain - pemain muda tanah air yang berjaya melakar kemenangan dengan tuan rumah Indonesia dalam keadaan pelbagai tekanan.

Dalam limpahan ratusan ribu penyokong Indonesia di Stadium Glora Bung Karno, barisan anak muda Malaysia sedikit pun tidak gentar walaupun lawan mendahului seawal minit ke-5. Mereka bangkit mencari gol penyamaan pada minit ke-35 dan terus bertarung hingga ke sepakan penalti.

Ini bukan kemenangan biasa, ini kerana sejak dari sebelum skuad bola sepak malaysia menjejak kaki ke Indonesia pelbagai tatktik psikologi telah dikenakan dengan jadual perlawanan yang sering berubah-ubah hingga saat akhir. Setiba di Indonesia mereka diberikan padang untuk latihan yang jaraknya hampir 2 jam dari tempat penginapan. Selain itu mereka terpaksa menaiki kereta kebal untuk ke stadium. Tidak cukup dengan itu, mereka diejek sewaktu lagu kebangsaan dimainkan sebelum perlawanan. Itu belum dikira sorakan dari pasukan tuan rumah yang datang dari setiap penjuru stadium pada setiap detik perlawanan.

Namum semua itu berjaya diatasi dengan tenang oleh barisan anak muda malaysia. Boleh dikatakan juga, hampir separuh pemain malaysia yang beraksi pada final menentang indonesia malam tadi berada dalam kecergasan yang tidak 100%. Ramai pemain-pemain utama mengalami kecerderaan namum harimau yang terluka seringkali lebih berbisa bila beraksi.

Tahniah Skuad Harimau Muda Malaysia!!!!

Sunday, November 20, 2011

Bagaimana Melayu dibodoh dan dibisukan

Bagaimana Melayu dibodoh dan dibisukan. Mari kita berlapang dada mendengar apa yang dikatakan oleh Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tuib



Kenangan aku dari Sekolah Rendah, Menengah ke Universiti


AKU DULU, KINI DAN ......( 7 – 23 Tahun )


            Hari ni Rabu 16 April 2008. Aku ada exam tadi dua paper pagi dan petang. Letih gak ar..paper last aku 22 ari bulan april ni. Pastu aku boleh ucap sayonara kat Universiti Sains Malaysia USM ni....abis ja paper petang hari Selasa ni bermakna tamat la pengajian aku selama 3 tahun kat USM ni dalam jurusan Sains Kemasyarakatan (sains politik) dan bermakna tamat juga "student life" aku..pasni aku kena ready masuk alam menganggur plak ar..normal ar..tak nama graduan abad ke 21 ar kalau tak menganggur..hehe. Kerja ada gak yang aku minta tapi tak kena panggil interview apa g pun. Relax ar..awal g..kalau ada rezeki ada la tu..aku ingat nak sambung master tapi tak tau la..duk dalam kekeliruan lagi ni.
            Aku fikir-fikir balik macam tak logik ja aku nanti boleh dapat ijazah gak even jurusan biasa ja, tapi USM tu..universiti lima bintang..yala..zaman aku sekolah dulu tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku yang aku nak masuk universiti.Yang aku faham lepas SPM kena kerja. Aku ni bukan jenis budak - budak yang pandai. Dulu time sekolah rendah, aku kelas yang no.2 kira "second class" ar..lagi pun sekolah rendah aku dulu tu cuma ada dua kelas ja..dari darjah satu tiap kali periksa no 28 dan 29 dalam kelas tu mesti aku punya ar..nasib baik kelas aku time tu ada 30 orang, kalau tak mesti no paling last punya ar aku dapat dalam kelas. Nak suruh ayah aku sign buku rekod aku punya la takut, mesti ayah aku bising punya. Tapi tah macam mana, naik darjah lima aku dapat no 1 dalam kelas. Pastu cikgu aku pindah aku masuk kelas yang no 1 "first class" ar..tapi bila masuk kelas "first" tu akademik aku down balik. Aku tak boleh nak ikut rentak pembelajaran kat dalam kelas tu. Benda tu wat aku jadi tension nak pi sekolah. Guru kelas aku tu cikgu matematik, cikgu ni dia ajar dua subjek. Satu matematik dan satu Bahasa Melayu. Tapi cikgu aku ni jenis minat sangat mengajar matematik. Sampai time kelas bahasa melayu pun dia nak ajar matematik. Aku ni memang jenis lemah matematik sampai hari ni aku slow skit matematik. Aku punya la jadi tension dalam kelas tu tengok muka cikgu tu pun aku dah naik takut, mau tak takut asyik kena cubit perut ja. Naik darjah enam aku masuk kelas no 2 "second class" tu balik. Aku lebih rasa selesa belajar kat kelas "second Class" ni. Biar la orang nak kata budak-budak kelas tu slow ka apa tapi aku boleh ikut apa yang cikgu aku ajar kat dalam kelas tu. Dari peristiwa tu aku belajar yang kalau kita nak maju kita kena bergerak dengan kemampuan dan kelajuan kita sendiri. Jangan kita asyik nak ikut orang ja. Habis juga aku sekolah sampai darjah enam kat Sekolah Kebangsaan Machang Bubok.
            Naik sekolah menengah aku masuk Sekolah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam "Bukit Mertajam High School". Time aku masuk sekolah tu tahun 1998, sekolah tu tengah alami zaman revolusi. Kerana sekolah tu sebelum ni memang budak-budak dia hancur..zaman aku masuk tu zaman peralihan dari zaman hancur sampai zaman dapat sekolah bestari. Time aku form 3 sekolah BM High School dah dapat status sekolah elit kat Pulau Pinang. Kira aku sempat merasai zaman hancur dan zaman elit.Time sekolah aku dah berstatus sekolah elit tu bangga gila..p mana pun kalau orang tau budak BM High School mesti orang respect.
            Tapi time aku mula masuk sekolah tu bukan saja sekolah baru nak pulih dari zaman kehancuran tapi ngan aku-aku sekali dah nak hancur. Aku kuat gila ponteng sekolah masa form 1. Dah macam budak - budak liar. Minat nak p sekolah untuk belajar dah takda, yang aku tau nak p sekolah sebab nak enjoy ngan member-member ponteng sekolah, ponteng kelas, lepak belakang stesen bas, isap rokok macam-macam lagi ar benda yang tak sepatutnya dibuat lagi-lagi pada usia aku time tu baru 13 tahun. Kena rotan ngan cikgu disiplin ni dah kira lali dah. Form 1 dan form 2 aku sessi petang. Bila naik form 2 aku ngan geng2 aku semua jadi lagi besar kepala ar. Yala time sessi petang tu kami la yang paling senior. Budak-budak form 1 semua stail takut ja ngan geng2 aku. Gadoh ni macam hobi. Nak begaduh budak melayu ngan melayu la,ngan budak Cina la ngan budak India la. Yala masing-masing sebelum ni datang dari kampung yang tinggal ngan kaum masing-masing ja. Bila masuk sekolah kat town kena duduk ngan Melayu, Cina, India jadi asyik nak bergaduh ja ar. Lagi pun kat sekolah tu jumlah pelajar melayu, cina, india semua sama banyak. Dari duk gaduh last2 kami melayu, cina, india semua jadi satu geng. Ponteng sekolah pun sama-sama, isap rokok time rehat sama-sama, memang majmuk ar kami time sekolah. Masalah etnik tu dah tak timbul lepas tu. Cikgu sekolah semua dah jadi pening kepala. Yala semua geng budak nakal melayu, cina, india dah bergabung menjadi satu.
            Time aku form 2 ada pemilihan team ragbi sekolah. Sekolah aku tu memang terkenal dengan sukan ragbi. Sukan first memang ragbi ar kat sekolah aku tu. Aku ngan geng2 aku pun apa lagi turun ar pemilihan untuk main ragbi even badan kurus2. Tapi sebenarnya bukan tujuan nak main ragbi sangat pun. Time tu aku sessi petang, latihan ragbi buat time petang pukul 5. Kira time tu boleh la ponteng kelas secara sah. Tapi dalam aku duk ponteng sekolah, isap rokok apa semua tu last2 kantoi gak ngan ayah aku. Ayah aku saspek yang aku duk ponteng sekolah sebab sepupu aku yang satu sekolah ngan aku dah kena buang sekolah kerana banyak sangat ponteng sekolah. Ayah aku p sekolah check aku punya kedatangan maka kantoi la aku...Balik rumah malam tu ayah aku bancuh aku kow2 punya. Ayah aku tau kalau dia tibai aku pun takda kesan kos time tu dah terlalu nakal sangat dan ayah aku guna pendekatan pshikologi. Bagi aku time tu aku lebih suka kena belasah ngan ayah aku g daripada dia bancuh n basuh minda aku.
            Bila naik form 3 aku dah slow skit dah ponteng sekolah. Banyak faktor aku dan geng2 aku semua dah berubah. Pertama sekolah aku dah berjaya dalam proses pemutihan, kira yang jahat sangat2 ni dah banyak yang kena buang sekolah, aku kira tak jahat sangat ar..ada lagi, lagi jahat. Faktor kedua time form 3 dah di sessi pagi, tu bermakna time tu budak2 form 3 ni ar paling junior dalam sessi pagi tu dan tak boleh ar nak wat jahat lebih-lebih nanti kena belasah plak ngan senior2 form 5 apa. Faktor ketiga, pagi2 kalau ponteng sekolah pun nak p mana..kedai game pun tak buka lagi, shopping complex pun tak buka lagi,takda port aku kami lepak. Faktor keempat dan aku rasa faktor ni yang banyak buat aku dan kawan-kawan aku yang lain berubah kerana masa form 3 aku dan kawan-kawan aku dah mula aktif dalam sukan ragbi. Kira time tu dah bergelar budak sport ar semua orang kenal, nak pi sekolah pun jadi seronok. Banyak tournament kami join dan banyak yang menang. Aku aktif dalam ragbi sampai aku upper 6. Tapi time aku abis SPM aku masuk form 6 jap ja. Time aku lower 6 aku dapat main untuk team penang untuk MSSM tournament kat labuan. Balik ja dari labuan aku dapat surat tawaran masuk politeknik. Aku pun berhenti form 6 masuk politeknik jurusan sijil pengajian perniagaan. Aku sempat belajar kat politenik seberang perai tu sebulan lebih ja, pastu aku berhenti. Aku tak minat belajar kat situ lagi pun aku rasa macam rugi ja aku belajar sijil macam tu. Aku berhenti politeknik dan aku masuk form 6 balik. Masuk form lepas tu baru aku rasa nak belajar betul-betul dan dah ada sikit keinginan nak masuk universiti tu ada dalam diri aku.Tapi time tu aku duk aktif ragbi gak lagi sampai cikgu aku duk bising.
            Bila result STPM kuar aku pun apply universiti. Aku apply jurusan tah apa-apa main hentam ja..yala tak tau nak minta kos apa. Pointer pun 2.9 ja. Yang tau masa tu nak minta jadi cikgu. Mana boleh nak jadi cikgu pointer banyak tu..
            Bila aku check intenet aku dapat masuk USM...kos Sains Kemasyarakatan..Aku tak minta pun kos tu tah2 kena lelong kut..tapi lelong pun dapat USM gak kira ok ar..aku sendiri pun time tu tak tau apa benda jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan tu..tapi duk tanya member-member baru aku tau tu sains sosial..tapi sains sosial tu apa..masuk USM baru aku tau kos tu ada pilihan major antropologi sosiologi, ekonomi dan sains politik. Masuk ja sem 2 aku apa lagi terus aku ambik major sains politik kerana aku memang minat bab-bab politik ni dari zaman sekolah lagi. Lagi2 aku ni membesar time era "reformasi" jadi sosiolisasi politik tu agak signifikan ar.
            Pastu bermula la zaman aku kat universiti yang selama ni aku sendiri tak pernah terfikir nak masuk universiti.Aku bermula dengan jatuh tersembam,pastu bangun balik sikit,pastu aku terus bangun selesa,lepas aku bangun selesa aku terjatuh sikit ja..pastu aku sekali lagi terus jatuh tersembam..sem ni tak tau ar aku boleh bangun balik or tak aku punya CGPA la..Kat universiti juga aku membentuk diri aku, belajar akan kehidupan, tekanan, kegembiraan, keboringan, jatuh dan putus dan lain lagi. Tapi nanti mahu tak mahu 22 hari bulan april ni hari last aku bergelar mahasiswa universiti sains malaysia. Pastu aku kena bungkus barang-barang aku keluar dari USM ni untuk aku tempuhi hidup yang lebih mencabar yang aku sendiri pun tak tau bentuk dan gayanya lagi.

p/s
(Tulisan ini telah ditulis oleh aku sendiri pada minggu-minggu terakhir aku menuntut di USM. Tulisan ini pada mula telah dipaparkan di laman friendster aku yang aku sendiri telah lupa password nya. Tapi entah bagaimana aku boleh terjumpa kembali penulisan ini yang sudah hampir 4 tahun tersimpan dalam hard disk laptop lama yang telah dipindah ke pendrive, dan aku rasa ingin berkongsi semula penulisan ini bersama pembaca yang mana ianya biasa membuat aku tersenyum sendirian bila membacanya :) )

Saturday, November 19, 2011

Semperna Ulangtahun ke-26 peristiwa Mamali


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali denganIbrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim SiongBalingKedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.
Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video oleh RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang,lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al AzharMesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang),Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.




Monday, November 14, 2011

Rakyat M'sia paling gemuk di kalangan negara Asean

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.

- Bernama




Kah kah kah kah


Ini satu penghinaan terhadap rosmah mansor dan timbalan menteri kesihatan sendiri :)


Berita begini sengaja ditulis untuk membantai rosmah dalam senyap kah kah kah kah