Dalam sebuah kota terdapat
seorang jejaka yang bernama Encik Umno. Encik Umno ini dahulunya seorang jejaki
yang hebat dan gah seantero alam. Tidak ada sesiapa boleh dan berani menyanggah
apa yang Encik Umno mahu lakukan. Semua yang haram akan menjadi halal sekiranya
dilakukan oleh Encik Umno. Begitu hebatlah Encik Umno ini sehinggakan siapa
yang menentangnya pasti ditimpah tulah liwat. Maka tunduklah sekian penghuni
dan jiran tertangga tetapi penuh dendam kepada Encik Umno.
Di pinggir kota tersebut
tinggalnya seorang gadis yang tidak berapa sunti bernama Cik Pas. Cik Pas ini
sepanjang usianya sering kali dizalimi oleh Encik Umno. Tetapi Cik Pas tidak
mampu untuk melawan kezaliman Encik Umno ini terhadapnya dan Cik Pas hanya
mampu berdoa. Ramai juga penghuni dan jiran tertangga baik di pinggir kota dan
kota yang simpati dengan Cik Pas dan menyatakan sokongan mereka terhadap Cik
Pas. Tetapi tidak banyak yang Cik Pas mampu lakukan dan terus berdoa memandangkan Cik Pas dan En Umno ini
sebangsa.
Sungguhlah zalim Encik Umno ini
kepada Cik Pas sehingga Encik Umno yang kaya raya ini tidak mahu memberi
pulangan yang dikutip dari hasil mentah
yang terdapat di pinggir kota. Encik Umno hanya memberikan sedikit bantuan
ehsan kepada Cik Pas hasil dari hasil bumi yang dipunggah dari pinggir kota.
Bukan itu sahaja, Cik Pas ini pernah dilebal sebagai sesat dari agama dan
mengecam hebat amanat – amanat yang dibuat oleh Cik Pas. Cik Pas juga dituduh
sebagai memecah belahkan kaum yang sebangsa dengan Encik Umno. Begitu dasyatlah
kezaliman Encik Umno terhadap Cik Pas ini. Tetapi Cik Pas tidak melawan kerana
bagi Cik Pas mereka lebih memilih akhirat berbanding dunia.
Tiba – tiba suatu hari tanpa
disangka – sangka En Umno ditimpa penyakit yang maha dasyat. Belum pernah En
Umno mengalami sakit yang seteruk ini. Akibat dari penyakit ini, kekuatan diri Encik
Umno telah menjadi lemah. Ramai juga kawan – kawan En Umno yang selama ini
begitu baik dengan Encik Umno menjauhkan diri dari En Umno kerana jijik dan
bimbang akan dijangkiti oleh penyakit yang dihidapi oleh Encik Umno ini. Maka
merayau dan meracaulah Encik Umno ini menanggung kesakitan yang amat sangat
yang belum pernah dia alami sebelum ini.
Tiba – tiba datang beberapa dukun
kangkong dari universiti sintok dan beberapa universiti nyamuk seluruh kota
disamping bantuan dari Pak Lang Apco menyarankan kepada Encik Umno agar menikahi Cik Pas. Ini kerana berdasarkan
tilikan mereka, penyakit Encik Umno ini hanya boleh disembuhkan dengan cara
menikahi Cik Pas. Maka tersentot dan terkemutlah Encik Umno bila mendengar
cadangan itu, manakan tidak Encik Umno begitu jijik dan jengkel dengan Cik Pas
dan telah menganggap Cik Pas ini sesat. Bagaimana Encik Umno mahu berkahwin dan
tinggal sebumbung dengan Cik Pas.
Tetapi selepas dipujuk oleh pak –
pak kangkong dan Pak Long Ibrahim Ali disamping mengenangkan penyakit yang
dihadapinya, wajah Cik Pas yang selama ini dipandang jijik dan hina bertukar menjadi indah dan memberahikan.
Syahwat En Umno begitu mudah terangsang setiap kali terbayang wajah Cik Pas
lalu mendorong Encik Umno bersama Uncle Soi Lek dan Dato T menonton filem
porno.
Maka dihantarlah rombongan untuk
meminang Cik Pas. Dicananglah sekian alam bahawa Encik Umno akan berkahwin
dengan Cik Pas yang digelar Perkahwinan Perpaduan. Dicanangkan juga bahawa
dengan perkahwinan ini akan menyelamatkan bangsa mereka.
Cik Pas yang pada mulanya agak
geli geleman dengan pinangan dari Encik Umno mula tertarik dengan pinangan
tersebut apabila dijanjikan bulan dan bintang serta jawatan – jawatan besar dan
darjah kurniaan. Tidak sedikit juga dari
penghuni yang tinggal di pinggir kota dan kota yang bersimpati dengan Cik Pas
ini bersetuju dengan perkahwinan Cik Pas dan Encik Umno. Ramai mereka yang
bersetuju ini menyatakan sokongan terhadap perkahwinan ini kerana bagi mereka
perkahwinan ini dapat memajukan kaum bangsa mereka dari kaum lain.
Persiapan telah dibuat dan
perjumpaan demi perjumpaan telah diaturkan. Maka tidak tertahan lagilah hati Encik
Umno untuk memperisterikan Cik Pas. Tiba – tiba muncul Tok Nik yang merupakan
Abang Long besar kepada Cik Pas. Sesungguhnya Tok Nik ini amat dihormati oleh
sekelian penghuni. Tok Nik dengan tegas tidak merestui perkahwinan antara Cik
Pas dan Encik Umno. Maka munculah rakan – rakan karib Encik Umno mengutuk Tok
Nik dengan tuduhan tidak sayangkan bangsa. Malang sekali kumpulan yang sering
bercakap tentang bangsa ini selalu sahaja terkeliru indentiti bangsa mereka
sendiri.
Apabila hubungan cinta antara Encik
Umno dan Cik Pas ini mula menjadi cinta terlarang maka meranalah kedua – dua
jiwa ini. Keinginan untuk bersama ini sentiasa membuak – buak dan Cik Pas
sentiasa terbayangkan keindahan singgah sana yang bakal dinikmatinya dan Encik
Umno sudah tidak sabar mahu menghilangkan penyakit melarat yang dialaminya itu
setelah berkahwin dengan Cik Pas. Ramai juga penghuni yang disekitar pinggir
kota tidak berpuas hati dengan arahan Tok Nik untuk membatalkan perkahwinan
antara Cik Pas dengan Encik Umno ini. Tetapi mereka tidak berani menyatakan
rasa tidak puas hati itu kerana rasa hormat yang terlalu tinggi terhadap Tok
Nik. Tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa mencari jalan untuk menjayakan
juga perkahwinan antara Cik Pas dengan Encik Umno ini. Antara yang berusaha
keras adalah seperti Din Isa dan San Li. Perkara ini telah membuatkan penduduk
pinggir kota terpecah dua kepada kumpulan yang menyokong perkahwinan Cik Pas
dengan Encik Umno dan satu lagi kumpulan yang menentang perkahwinan tersebut, dan
mereka ini digelar Dorgan atau pelesit.
Di pihak Encik Umno pula, masing
– masing bergundah – gulana apabila mengetahui cinta mereka ini mula terlarang
oleh Tok Nik. Maka Tok Nik diserang dengan pelbagai bentuk dari pelbagai sudut
bagi bagi melepaskan amarah yang tidak terhingga itu. Bermacam cara digunakan
oleh Encik Umno untuk menjayakan juga perkahwinannya dengan Cik Pas tetapi
tetap juga menemui jalan buntu. Berkali – kali rombongan meminang dibawa tetapi
setiap kali itu jugalah pinangan itu ditolak. Maka menangis teresak – esaklah
Cik Pas di dalam bilik bersendirian mengenangkan pinangan dari Encik Umno
ditolak mentah – mentah oleh Tok Nik.
Akibat telah terlalu kecewa dan
terlalu malu pinangannya selalu ditolak, maka Encik Umno memutuskan untuk tidak
lagi cuba memikat Cik Pas walaupun nafsunya sentiasa memberahi terhadap Cik
Pas. Perasaan cinta dan berahi itu akhirnya bertukar menjadi dendam kesumat
yang sukar dipadam. Akibat rasa dendam itu maka hari ini Tok Nik dan Cik Pas
serta seluruh penghuni pinggir kota terus diserang oleh Encik Umno walaupun
keadaan fizikal Encik Umno masih lagi lemah akibat penyakit yang ditanggungnya
itu masih belum pulih.
Cik Pas yang dahulunya dilihat
begitu mengiurkan untuk diajak berkahwin bertukar menjadi begitu jijik bagi En
Umno malah lebih jijik dari sebelumnya. Maka Encik Umno telah menuduh Cik Pas
sebagai sesat kerana pernah menulis puisi yang bertajuk “Amanat Hadi” pada 31
tahun yang lalu. Bermodalkan isu puisi amanat itu Cik Pas hari ini diserang
bertubi oleh setiap penghuni kota yang menyokong En Umno. Kelihatan pada waktu
Cik Pas diserang, Cik Pas sendiri tidak mampu menahan jauh sekali melawan
serangan tersebut. Rakan – rakan yang dahulunya begitu beria – ria mahunya Cik
Pas untuk berkahwin dengan Encik Umno juga tidak mampu membantu Cik Pas dalam
menangkis serangan tersebut. Sebaliknya rakan yang tidak digemari oleh Cik Pas
kerana menentang usaha perkahwinannya dahulu yang banyak membantu Cik Pas dalam
menghadapi serangan dari En Umno yang cintanya tidak kesampaian itu.
Hari ini Cik Pas telah diasak
untuk menjelaskan tentang puisi amanat yang dihasilkannya 31 tahun yang lalu.
Ini kerana setelah 31 tahun barulah Encik Umno dan pengikutnya menyedari bahawa
mereka telah tersesat akibat dari puisi amanat tersebut. Sudahlah kecewa impian
cintanya tidak menjadi bertambah sedih Cik Pas apabila pujaan hati yang pernah
melamarnya dahulu, kini menyerangnya demikian rupa.
Akibat tidak tertahan menanggung
serangan, Cik Pas meminta untuk memberi penjelasan berkenaan puisi amanat yang
dihasilkannya dahulu. Cik Pas meminta agar penjelasannya itu dibuat secara
langsung melalui wayang pacak RTM dan TV3. Rakan Encik Umno iaitu Mas Rais
Yatim membenarkannya tetapi dengan pelbagai helah. Malang bagi Cik Pas kerana
tidak mengetahui bahawa dia boleh sahaja merakam penjelasannya berkenaan puisi
amanat tersebut dan memuat naik ke youtube dan dengan cepat video penjelasan
tersebut boleh tersebar. Barulah warga lain boleh mendapat tahu bahawa
sebenarnya puisi itu ditulis hanyalah suka – suka sewaktu dia sedang memancing
dan bukannya untuk sesat lagi menyesatkan. Mungkin usia Cik Pas telah melebihi
30 tahun dan menghalangnya dari mendapatkan rebat RM200 untuk membeli telefon
pintar yang berupayaan melayari internet.
Disamping itu, sakit yang menghinggapi
Encik Umno sejak Mac 2008 masih belum pulih malahan semakin teruk. Setelah
gagal mendapatkan penawarnya dengan berkahwin dengan Cik Pas menjadikan Encik
Umno semakin tidak keruan. Mungkin ajal En Umno akan sampai tidak lama lagi
maka berakhirnya hayat Encik Umno yang penuh angkuh dan sombong sepanjang
hidupnya, maka mungkin matinya kelak dalam kecewa cinta yang melara kerana
tidak sempat menikahi Cik Pas.
Sebenarnya Cik Pas tidak sedar,
bahawa penyakit Encik Umno itu akan boleh menjangkiti Cik Pas dengan mudah setelah
mereka berjimak apabila berkahwin. Penyakit yang menghinggapi Encik Umno ini
umpama penyakit AIDS yang memang tiada penawarnya dan mudah merebak apabila
berjimak.
Maka kisah cinta terlarang ini
terus menjadi dendam abadi oleh Encik Umno kepada Cik Pas. -TTK-
2 comments:
hahahaha byk point of view dalam cita nie.......aku suka...
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Post a Comment