Semalam genap setahun berlangsung
Pilihanraya Umum ke-13 iaitu pada 5-05-2013. Pilihanraya yang dianggap ibu
segala pilihanraya itu membawa tarikan banyak pihak dan pemerhati politik yang
menanti dan memerhati dengan penuh debar. Dalam pilihanraya tersebut Umno/Barisan
Nasional terus kehilangan kerusi di Dewan Rakyat yang telah sedia kurang.
Jumlah 140 kerusi dewan rakyat yang dimiliki oleh Barisan Nasional pada
pilihanraya umum ke-12 telah semakin mengecil jumlahnya dan hanya tinggal 133
kerusi selepas pilihanraya umum ke-13. Disamping selama dua penggal
berturut-turut Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat,
dalam pilihanraya umum ke-13 setahun yang lalu juga Barisan Nasional buat
julung-julung kalinya hilang undi popular dengan hanya memperolehi 47%
berbanding Pakatan Rakyat yang berjaya memperolehi 52% undi popular.
Demikian bingkasan ringkas
berkenaan pilihanraya umum ke-13, dan tujuan penulis ini bukanlan ingin melihat
apa yang telah berlaku dalam pilihanraya umum ke-13. Tetapi penulisan ini adalah
untuk melihat dalam jangka masa setahun selepas pilihanraya umum ke-13, apakah
perubahan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang telah
mengundi Barisan Nasional.
Perubahan yang paling ketara
selepas pilihanraya umum ke-13, selepas pujuk rayu dan janji manis ditabur
sewaktu kempen maka selepas lima bulan tamatnya pilihanraya umum ke-13, Barisan
Nasional yang menang tempang dalam dalam pilihanraya tersebut telah menunaikan
janji yang pertama iaitu dengan menaikkan harga minyak. Selepas menaikkan harga
minyak Barisan Nasional terus berpesta dengan menaikkan pelbagai lagi harga
barang seperti gula, tariff elektrik, kadar tol, tambang pengangkutan awam dan
pelbagai lagi.
Namum disebalik semua itu,
Barisan Nasional juga telah berjaya menurunkan harga kangkong dan Perdana
Menteri Malaysia berjaya membeli ayam dengan harga satu ringgit. Mungkin inilah
kejayaan Barisan Nasional selepas berhempas pulas untuk memenangi pilihanraya
umum ke-13. Pastinya rakyat Malaysia akan tersenyum bangga dengan pencapaian
Barisan Nasional melalui pimpinan Dato Seri Najib kerana belum ada perdana
menteri di negara dunia lain yang berjaya menurunkan harga kangkong melainkan
Dato Seri Najib Tun Razak yang beristerikan Rosmah Mansor.
Lebih kurang setahun lagi selepas
tarikh ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pencapaian yang bakal
dilakukan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional pimpinan Najib Razak iaitu
pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST. Kenapa saya katakan ini sesuatu
yang perlu dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia. Jawapannya ialah belum ada
pemimpin-pemimpin atau kerajaan dari negara dunia ke-3 seperti Malaysia yang
mengenakan cukai GST kepada rakyatnya. Malaysia lah yang pertama. Adakah
pembaca semua tahu, cukai barangan dan perkhidmatan GST ini hanya dilaksanakan
di negara-negara maju yang pendapatan rakyatnya 3 hingga 4 kali lebih besar berbanding
pendapatan rakyat Malaysia. Ini adalah tindakan yang berani oleh perdana
menteri kita Najib Razak dan tidak ada pemimpin di dunia ini yang mempunyai
semangat dan keberanian melakukan seperti Najib Razak. Maka pujian setinggi
rambut Rosmah harus diberikan kepada Najib Razak atas keberanian beliau ini.
Itu dari sudut pengurusan
ekonomi, dari sudut teknologi pula kerajaan Barisan Nasional walaupun tempang selepas pilihanraya umum
ke-13 berjaya memajukan teknologi yang belum pernah dilakukan atau terfikir
untuk dilakukan oleh negara-negara lain. Jika dahulu Malaysia berjaya
menghasilkan jet pejuang tanpa enjin namum selepas pilihanraya umum ke-13,
Barisan Nasional berjaya menghasilkan kapal terbang yang gagal dikesan radar
untuk tempoh lebih dari 3 bulan hingga hari ini. Kerajaan Barisan Nasional
pimpinan Najib Razak melalui kepakaran teknologi yang ada berjaya mengatasi
kecanggihan teknologi kapal selam Russia. Saya mengatakan demikian kerana,
Rusia hanya mempunyai teknologi untuk membuat kapal selam dan kapal selam yang
dihasilkan Rusia hanya boleh menyelam. Malaysia berjaya membuktikan kepada
dunia yang teknologi yang dimiliki hasil pimpinan Barisan Nasional dan Najib
Razak, kapal selam yang dibeli itu berjaya di ubah suai untuk tidak menyelam
malah lebih dasyat lagi kapal selam yang sifat perlu berada di air berjaya
dibuktikan oleh Malaysia yang kapal selam juga mampu untuk berada di darat
sebagai buktinya anda boleh pergi untuk melihatnya di muzium Melaka.
Sebagai rumusannya, rakyat
Malaysia sebanyak 47% yang telah mengundi Barisan Nasional ternyata adalah
pengundi yang bijak kerana mampu untuk membaca perubahan yang bakal dibawa oleh
Barisan Nasional selepas pilihanraya umum ke-13. Maju jayalah Malaysia kita
tercinta.-TTK-
12 comments:
Barisan Nasional 47%undi,Pakatan Rakyat 52% uundi,tetapi mengapakah Barisan Nasional yang menerajui/mentadbir kerajaan Malaysia?
Barisan Nasional 47%undi,Pakatan Rakyat 52% uundi,tetapi mengapakah Barisan Nasional yang menerajui/mentadbir kerajaan Malaysia?
Sebab malaysia guna sistem perwakilan.. dan tidak mengiktiraf undi popular...
Apakah maksud sistem perwakilan di Malaysia?
Apakah fungsi kapal selam yang dibeli dari Russia semasa misi mencari MH370?Adakah ia dibeli sekadar untuk tontonan umum rakyat Malaysia ?
Jumlah wakil yang paling ramai di dewan rakyat akan dilantik menjadi kerajaan. Jumlah undi hanya menentu seseorang calon itu menang atau kalah dalam pilihanraya sahaja.
Pasal kapal selam itu kena tanya najib sebab najib yg beli...
tak pernah jumpa najib...macam mana nak tanya....
klu mcm tu awak jumpa saya jala.. nanti sy cerita...
awak saudara najib ?
Bukan... tapi sy boleh tolong jawab....
Salam. Hi. I was a pre tesl student who is waiting to pursue degree but I have a question regarding to this. I read your blog and I found out that you're a political science student at usm. Is it possible for me to pursue my degree in political science because I have doubts if tesl students aren't offered this course? Hope you can help me explain this. Thanks.
Post a Comment