Wednesday, January 1, 2014

Anak muda telah graduasi dalam demostrasi

Demostrasi Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang diadakan pada ambang tahun baru 31 Disember 2013 semalam telah menunjukkan bahawa anak muda kita telah graduasi dalam urusan perhimpunan rakyat dan demostrasi berkenaan isu-isu rakyat. Ini kerana demostrasi TURUN yang diadakan semalam bukan lagi dipimpin oleh Anwar Ibrahim, bukan dipandu oleh Mat Sabu, tiada Hadi Awang dan tiada Lim Kit Siang. Boleh dikatakan yang mengendalikan perhimpunan TURUN itu semalam adalah 100% dari golongan anak muda dan mahasiswa. Tanpa kelibat pemimpin-pemimpin besar parti pembangkang yang sinonim dengan demostrasi sebelum ini, anak-anak muda ini telah berjaya menggerakan puluhan ribu warga anak semua bangsa bagi menyatakan bantahan kepada kenaikan menggila kos sara hidup yang dilakukan oleh kerajaan.

Sumber: Rafizi Ramli Facebook Pages
Bermula dari demostrasi BERSIH 1.0 kepada demostrasi Mansuh PPSMI, selepas itu demostrasi ANTI ISA, seterusnya demostrasi BERSIH 2.0 dan kemudian demostrasi BERSIH 3.0 dan Himpunan Sejuta Rakyat. Semua demostrasi-demostrasi itu telah melatih dan mengraduasikan anak-anak muda untuk bangkit dan menyusun strategi di atas jalan raya. Kini anak-anak muda boleh memimpin dan menggerakkan sendiri golongan massa yang tertindas tanpa bergantung pada Anwar Ibrahim atau Mat Sabu. Sekalung tahniah dan syabas kepada kumpulan-kumpulan NGO anak muda dan mahasiswa.

Tanpa perlu Anwar Ibrahim berkempen, tanpa perlu Mat Sabu berceramah bagi mengajak rakyat turun ke jalan raya, tanpa perlu Hadi Awang membaiahkan pengikutnya dan tanpa perlu Lim Kit Siang menyeru. Rakyat telah berjaya dihimpunkan sehingga hampir 50 000 orang hanya dalam notis yang singkat tidak sampai satu bulan. Semua ini hasil kerja dan mobilisasi anak muda sendiri yang menggunakan pelbagai cara dan kaedah. 

Sumber:Malaysiakini.com
Dari satu sudut ini satu perkembangan politik yang sihat untuk pihak pembangkang. Mereka telah berjaya melahirkan generasi pelapis yang bakal dan akan terus menggasak Umno/Barisan Nasional hingga Umno/Barisan Nasional terhumban dari puncak kuasa. Jika dulu kita khuatir selepas ketiadaan Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh handal dari arena politik negara, pembangkang akan ketandusan pemimpin dan akan berkubur semangat juangnya. Tapi hari ini kita telah berjaya menemui penawarnya, ratusan malahan ribuan pemimpin muda yang telah lahir dan telah menunjukkan yang mereka mampu dan bersedia untuk menyambut obor perjuangan yang bakal diserahkan kepada mereka kelak. 

Kebolehan dan kemampuan anak-anak muda ini akan membuatkan perjuang rakyat ini akan terus kelihatan muda, remaja dan segar. Kesegaran ini akan memastikan perjuangan ini akan terus berjalan tanpa ada rasa penat, jemu atau putus asa. Bangkitlah wahai anak muda, dunia ini akhirnya akan menjadi milik anak muda. TTK.

Sumber: Malaysiakini.com
Sumber: Malaysiakini.com


No comments: