Kematian bekas
setiausaha agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng pada 16 September 2013 yang
lalu membangkitkan kembali ingatan dan pertanyaan tentang komunis. Aku percaya
fenomena ini tidak akan semenarik ini jika kerajaan tidak mengambil pusing
tentang kematian Chin Peng dan membiarkan sahaja mayatnya dibawa pulang ke
Malaysia tanpa ada apa – apa respon dari pihak kerajaan. Aku percaya jika
kerajaan mengambil langkah yang sebegini maka kisah tentang Komunis dan Ching
Peng ini akan lenyap selepas satu atau dua hari kematian beliau. Tapi Dato Sri
Najib sering mendapat nasihat – nasihat yang bijak dari pegawainya, dengan cara
menongkah arus dan mengeluarkan kenyataan – kenyataan yang keras membuatkan
makin ramai untuk mengkaji tentang Ching Peng dan Komunis dan ramai akan
bersimpati dengannya. Mungkin Najib terlupa dia hanya memiliki 47% sokongan
dalam Malaysia hari ini.
Mengapa kita
disuruh membenci komunis? Menjawab kepada soalan ini, kita disuruh membenci
komunis kerana ekonomi. Bukan kerana kezaliman atau kekejaman. Isu kezaliman dan
kekejaman yang dimainkan itu hanya hiasaan untuk menutup tindakan golongan yang
mahu menyedut sumber - sumber ekonomi.
Untuk memahami tentang komunis ini kita perlu melihat semula kepada
sejarah Perang Dingin. Kita tidak boleh untuk memperkatakan tentang komunis
hanya dengan melihat dari pergerakan komunis di Tanah Melayu, penilaian yang
sebegitu adalah penilaian kerja khusus pelajar tingkatan 5.
Perang Dingin
adalah perang yang tidak melibatkan peperangan secara terbuka sebaliknya
melibatkan antara proksi dan propaganda. Ianya bermula pada penghujung Perang
Dunia Ke-2 dan berlanjutan hingga lewat 80an sehingga kejatuhan Soviet Union
USSR. Perang Dingin melibatkan dua block
iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Soviet Union dan sekutunya (Amerika
vs Soviet Union). Apa yang direbutkan oleh kedua – dua block ini? Kedua – dua
block ini sedang berebut untuk menjadi kuasa dunia selepas perang dunia ke-2.
Mengapa mereka mahu menjadi kuasa dunia? Dengan menjadi kuasa dunia mereka
boleh menguasai setiap sumber yang terdapat di dunia ini demi untuk menjana
kekayaan yakni ekonomi. Lihat sahaja Amerika Syarikat hari ini yang telah
menjadi kuasa dunia, bagaimana mereka menguasai ekonomi dunia dengan pelbagai
taktik dan perjanjian TPPA dan pelbagai lagi. Ini untung dan hasilnya menjadi
kuasa dunia.
Dalam agenda
perang dingin ini, Amerika Syarikat dan Soviet Union masing – masing berusaha
untuk mendapatkan sokongan dari negara – negara dunia lain, tidak kira besar
atau kecil, miskin atau kaya negara tersebut. Dalam kata lain kedua pihak ini sedang berusaha untuk meluaskan
empayar. Apa yang digunakan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan dunia?
Amerika Syarikat mencanangkan idea demokrasi moden dan dibawahnya diselit
sistem “kapatilis” secara tanpa sedar. Ramai pemimpin – pemimpin dunia ketiga
pada waktu itu masih jahil tentang kapitalis dan banyak juga negara – negara
yang terdesak memerlukan modal untuk membangunkan semula negara mereka selepas
kehancuran dari perang Dunia ke-2. Maka mereka – mereka ini tunduk kepada
Amerika Syarikat dan menyokong agenda yang dibawa oleh Amerika Syarikat iaitu
kapitalis yang bertopengkan demokrasi. Bagi pihak Soviet Union pula mereka
membawa komunisme dan bersandarkan kepada sistem ekonomi sosiolis. Ideologi ini
sekali imbas seperti sukar untuk membawa keuntungan yang banyak dalam masa yang
singkat dan oleh sebab itulah ramai pemimpin dunia memilih untuk menyokong
Amerika Syarikat kerana mereka dijanjikan dengan habuan yang banyak. Hanya
beberapa pemimpin seperti Castro, Sukarno dan beberapa pemimpin lain lagi yang
cekal dengan menentang kapitalis. Tunku Abdul Rahman pada waktu itu telah
terang – terangan menyokong dan menjadi suruhan Barat.
Dalam situasi
ini kedua – dua block ini sedang berebut – rebut untuk mendapatkan pelanggan.
Sesuatu produk atau idea tidak boleh hidup tanpa pelanggan. Ekonomi kapitalis
tidak akan boleh hidup jika hanya Amerika Syarikat seorang sahaja yang
mengamalkannya, mereka perlu memaksa negara – negara dunia lain juga
menggunapakai sistem kapitalis agar mereka boleh mengaut untung semaksimum
mungkin. Begitu juga dengan pentadbiran komunisme dan sistem ekonomi sosiolis
juga akan mati jika semua negara dunia ini mengamalkan sistem kapitalis maka
mereka akan kehilangan pelanggan. Oleh itu semuanya ini adalah kerana duit,
ekonomi dan soruu. Jika dikatakan komunisme dan sosiolis itu kejam, tetapi
dalam masa yang sama masih banyak golongan gelandangan di negara – negara demokrasi
yang mengamalkan ekonomi kapitalis. Masih banyak orang mencuri untuk makan di
negara kapitalis, saban hari beratus – ratus orang diisytiharkan bangkrap oleh
bank – bank di negara kapitalis. Ini juga satu bentuk kekejaman.
Berbalik
kepada situasi di Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman memang seorang pemimpin dunia ke-3 yang telah tunduk dan dicucuk
hidung oleh penjajah Inggeris yang merupakan proksi Amerika Syarikat. Amerika
Syarikat bimbang kerana pada waktu itu beberapa negara di rantau Asia Tenggara
lebih cenderung untuk memihak kepada block Soviet Union atau dengan kata lain
menjadi pelanggan Soviet Union seperti Indonesia, Vietnam Utara, Korea Utara dan beberapa
wilayah Indo Cina. Situasi ini telah membuatkan Amerika Syarikat telah hilang
beberapa pelanggan mereka di Asia dan Asia Tenggara. Dalam perniagaan, kehilangan
pelanggan bermaksud “kerugian”. Oleh itu Amerika Syarikat menggunakan proksinya
iaitu Inggeris yang bertapak di Tanah Melayu untuk menyekat kemaraan dan
sokongan kepada komunisme dan sosiolisme. Kerana Amerika Syarikat tidak mahu
lagi kehilangan pelanggan seperti Tanah Melayu dan Austrilia yang berkedudukan
paling hampir dengan Asia Tenggara.
Maka apa yang
perlu dilakukan oleh Amerika Syarikat? Mereka menggunakan Inggeris untuk
menanam kebencian penduduk tempatan terhadap Komunisme dan Sosiolisme. Bagaimana
Inggeris melakukan proses untuk menanam kebencian ini? Inggeris akan mencari
pemimpin – pemimpin masyarakat Melayu dan menyemai cerita – cerita buruk
tentang komunisme. Inggeris tahu orang Melayu akan lebih sensetif jika
dikaitkan dengan agama, maka Inggeris menyampaikan cerita – cerita kepada
pemimpin – pemimpin masyarakat Melayu ini dengan mengatakan komunisme dan
sosiolisme itu tidak percayakan tuhan dan tidak ada agama, mengatakan komunisme
dan sosiolisme ini akan menyebabkan rakyat miskin dan hidup melarat dan
pelbagai cerita lagi. Maka cerita – cerita ini akan disampaikan oleh pemimpin –
pemimpin masyarakat Melayu tadi di surau – surau, masjid – masjid dan kedai –
kedai kopi. Orang – orang Melayu yang pada waktu itu yang langsung tidak tahu
membaca rumi jauh sekali bahasa Inggeris terus terbakar semangatnya untuk menentang komunis kerana mencabar agama Islam. Sedangkan Sir Henry Gurney yang
menjadi pesuruhjaya Inggeris di Tanah Melayu pada itu telah membunuh beribu
umat Islam di Palestin sebelum dia datang ke Tanah Melayu. Itulah malang nasib
bani Melayu yang malas membaca dan tiada maklumat.
Ya pasti ramai
yang akan mengatakan komunis itu kejam, bunuh polis dan orang awam. Ya betul,
mereka yang menjadi polis sewaktu penjajahan Inggeris, mereka itu adalah polis
Inggeris walaupun dia seorang Melayu. Inggeris itu adalah penjajah menjadi
polis Inggeris bermaksud bekerjasama dengan penjajah dan menjadi penjajah.
Perlu diingat ramai penduduk Tanah Melayu sewaktu pendudukan Jepun menjadi tali
barut kepada Jepun dan sewaktu Inggeris datang semula ke Tanah Melayu mereka
ini menjadi pula tali barut atau barua Inggeris. Jadi golongan yang beginilah
yang diperangi oleh komunisme kerana menyokong agenda penjajahan. Tetapi
sejarah Malaysia menceritakan dari sudut yang berlainan untuk membangkitkan
kebencian. Mengapa kekejaman Inggeris tidak diceritakan atau ditekankan dalam
sejarah Malaysia. Sila singkap fakta, berapa banyak ulama – ulama dan pemimpin
– pemimpin besar Melayu dibunuh dengan kejam oleh Inggeris. Dipasong dan
digantung sampai mati, dihalau keluar dari Tanah Melayu. Mengapa kekejaman ini
tidak diceritakan dan disembunyikan tetapi hanya diulang tayang kekejaman sebelah
pihak.
Jawapannya
kerana hari ini Amerika Syarikat dan proksinya telah menjadi kuasa dunia. Kita
adalah pelanggan setia kapitalis kepada Amerika Syarikat dan proksinya. Mengapa
kita menyokong Amerika Syarikat dan proksinya? Tidak lain tidak bukan kerana
EKONOMI dan DUIT bukan kerana agama dan akidah.
Jadi siapa yang
menyuruh dan mengajar kita agar membenci komunis??? TTK.
No comments:
Post a Comment