Umum mengetahui Anwar Ibrahim adalah satu tokoh dan ikon yang telah membawa perubahan besar dalam landskap politk tanah air Malaysia. Gelombang reformasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim telah membentuk sosialisasi baru dalam politik Malaysia. Kalau sebelum gelombang reformasi 1998 hanya golongan tua berbaju kemeja dan bersongkok tinggi sahaja yang menaruh minat tentang politik yang muda langsung tidak berminat tentang politik kerana bagi mereka politik itu kerja orang tua. Tetapi selepas gelombang besar reformasi yang digerakkan Anwar Ibrahim telah mengubah perhatian poltik tanah air. Anak muda dari bangku sekolah hingga ke universiti, dari mat rempit ke minah kilang mula sudah minat dan ingin mengambil tahu tentang politik. Malahan peranan kaum muda tentang politik juga semakin bertambah selepas gelombang reformasi 1998.
Ya semuanya kerana Anwar Ibrahim pada waktu itu dizalimi, diaibkan seadanya yang mana belum pernah wujud dalam sejarah politik dunia moden. Parti Keadilan Nasional yang kemudianya bertukar nama ke Parti Keadilan Rakyat PKR ditubuhkan salah satu faktornya adalah sebab Anwar Ibrahim dan kerana Anwar Ibrahim. Mungkin ada politikus dalam PKR yang akan membantah dan mengatakan PKR bukan semata-mata kerana Anwar Ibrahim tetapi penafian tidak hanya boleh dilakukan dengan kata-kata kerana rakyat Malaysia melihat dan merasa memang faktor Anwar Ibrahim itulah yang memainkan peranan besar dalam PKR dan untuk PKR. Mungkin pahit atau ada politikus yang sedar namum enggan menyedari bahawa jika tiada Anwar Ibrahim PKR mungkin boleh lumpuh. Lihat saja pilihanraya 1999 dimana PKR pada waktu itu hanya tinggal 1 kerusi dalam parlimen ini kerana pada waktu itu Anwar sedang melanjutkan pengajiannya di Penjara Sungai Buloh.
9 Jan 2012 ini mahkamah akan membuat keputusan tentang tuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai pihak baik dalam PKR, PAS, DAP, UMNO dan Anwar sendiri sudah dapat meramal dengan tepat tentang keputusan yang bakal mahkamah lakukan. Dan kali ini Anwar Ibrahim sekali lagi akan melanjutkan pengajiannya yang mungkin dalam bidang Phd di dalam Penjara Sungai Buloh sekali lagi untuk tempoh 7 atau 8 tahun. Pilihanraya raya umum akan diadakan dalam tempoh selang beberapa lama selepas Anwar Ibrahim dihumban ke penjara. Kalau berdasarkan pengalaman 1999 kita boleh meramalkan apa nasib PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
Jadi apa yang boleh kita belajar dari sejarah pilihanraya 1999 ini??? Jawapannya adalah sesuatu perjuangan itu jangan hanya bersandarkan kepada sesuatu susuk tubuh manusia sahaja. Dalam hal ini, perjuangan PKR tidak boleh hanya bersandarkan untuk membela dan bermodalkan Anwar Ibrahim semata-mata. Perjungan ini adalah perjuangan rakyat. Pemimpin datang pemimpin pergi tetapi perjuangan itu mesti terus. Isu yang diperjuangkan mestilah isu rakyat, kemarahan dijalan raya itu adalah kemarahan rakyat dan bukan semata-mata kerana susuk tubuh itu Anwar Ibrahim. Ya memang sejarah menyaksikan Anwar Ibrahim dizalimi tanpa henti lebih dari 10 tahun dan belum pernah ada pemimpin-pemimpin dalam sejarah dunia dan politik moden hari ini menerima kezaliman dan keaiban seperti Anwar Ibrahim. Bagi aku, ini adalah harga yang paling dan cukup mahal yang dibayar oleh Anwar Ibrahim bagi mematangkan rakyat tentang politik dan pentadbiran Malaysia.
Namum perjuangan rakyat jangan hanya terhenti setakat Anwar Ibrahim. Isu yang dihadapi rakyat adalah isu yang lebih besar dari Anwar Ibrahim. Kepada pejuang rakyat ambil semangat Anwar Ibrahim dan jangan hilang semangat kerana terpenjaranya Anwar Ibrahim. Yang bakal terpenjara itu adalah jasadnya Anwar Ibrahim dan jiwa dan semangat beliau tidak pernah bisa terpenjara dan dipenjara. Semangat Anwar Ibrahim telah melekat dan terbenam ke dalam jiwa rakyat Malaysia dan anak muda yang cerah minda dan jiwa.
Rakyat Mesir bangkit menumbangkan Hosni Mubarak bukan kerana bersandarkan mana-mana tokoh atau pemimpin yang mereka sanjung di Mesir, semangat rakyat Tunisia menghambat Ben Ali bukan kerana ada orang seperti Anwar Ibrahim di Tunisia. Ingat dan ingat Suharto itu tumbang di Indonesia kerana kemarahan anak muda dan mahasiswa serta warga Indonesia yang menentang korupsi Suharto, kemarahan itu bukan datang kerana kegilaan mahu mengangkat Gus Dur menjadi presiden. Taksin dihalau oleh rakyat Thailand ke luar negara bukan kerana Abhisit. Benigno Aquino ditembak mati di lapangan Fillipina, tetapi rakyat Filipina bangkit dengan laungan "People Power" untuk menumbangkan Marcos dan bukan "Hidup Aquino" atau semata-mata kerana matinya Aquino.
Pejuang rakyat dalam Pakatan Rakyat, anak muda mahasiswa, pejuang - pejuang reformasi baca dan belajarlah dengan sejarah peristiwa-peristiwa revolusi dunia. Lakukan pencerahan dalam perjuangan, politik matang dan perjuangan tulen adalah untuk rakyat terbanyak bukan hanya kerana semata - mata susuk tubuh itu bernama Anwar Ibrahim. Dan ingat dan ingat, Mao Zhi Tong itu disanjung dan diangkat kerana ideologinya dan bukan kerana dia Mao Zhi Tong.
No comments:
Post a Comment