Hari ini Isnin 26 Desember 2011 adalah hari Isnin terakhir dalam tahun 2011 dan berada dalam minggu terakhir 2011. Selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi pada tarikh ini, selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi dengan minggu ini. Jika ditangisi dan diraung seluruh jiwa sekali pun tarik 26 Desember 2011 tidak akan kembali.
Begitulah realiti dalam kehidupan, setiap detik setiap ketika yang berlalu itu tidak akan kita dapat miliki semula walau sekelumit zarah sekalipun. Ya minggu depan masih ada lagi Isnin, ya bulan depan masih lagi ada minggu - minggunya tetapi tidak akan dapat kita pada tarikh dan minggu hari ini.
Oleh itu, manfaatkanlah apa yang kita ada, nikmatilah apa yang dirasai, periharalah apa yang kita bisa. Kerana apa yang berlalu itu tidak boleh kita miliki lagi. Semuanya akan bertukar menjadi sejarah walaupun dalam keadaan kita suka atau tidak akan sejarah itu. Selesai sahaja anda membaca artikel ini, bacaam anda tadi telah menjadi sejarah kerana anda tidak akan membaca artikel ini pada tarikh dan waktu yang sama seperti anda mula - mula membacanya tadi. Itu kehidupan yang pasti.
No comments:
Post a Comment