Mungkin ramai yang masih kurang faham atau langsung tidak faham berkenaan Goods Service Tax GST yang telah diluluskan oleh dewan rakyat Isnin lalu dengan mendapat sokongan penuh ahli perlimen dari Barisan Nasional yang mana cukai GST tersebut akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Mungkin ramai yang terkeliru dengan mengatakan GST telah pun dilaksanakan kerana setiap kali anda minum atau makan di Starbuck, Burger King atau Macdonald didalam resit bayaran anda telah tertera perkataan GST iaitu sebanyak 6%. Tolong jangan terkeliru dengan perkataan GST yang tercatat dalam resit bayaran anda tersebut.
Sebenarnya GST yang tertulis dalam resit bayaran anda itu bukanlah Goods Service Tax GST ataupun dalam bahasa Melayu nya Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Ingin aku menekankan disini terutama kepada makcik-makcik wanita Umno atau mereka yang belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris perkataan "Goods" yang dimaksudkan didalam Good Service Tax itu bukanlah bermaksud "Bagus atau Baik". Tetapi "Goods" itu bermaksud "barangan". Bunyinya mungkin sama tapi maksudnya berbeza. Maka jangan ditaksirkan Goods Service Tax itu sebagai "Cukai Perkhidmatan Baik".
Berbalik kepada soalan tadi, jika GST yang tertulis didalam resit-resit sewaktu kita makan di Macdonald itu bukan Goods Service Tax, jadi ianya apa? Jawapannya, GST yang tertera pada resit-resit tersebut adalah Government Service Tax ataupun dalam bahasa Melayu bermaksud Cukai Perkhidmatan Kerajaan. Selagi belum menjelang tarikh 1 April 2015, perkataan GST yang tertulis dalam resit-resit sewaktu kita makan di KFC, Starbuck atau Macdonald itu ianya bermaksud Government Service Tax.
Jadi Apa Beza Antara Government Service Tax dan Goods Service Tax?
Ya perberzaannya memang cukup mengelirukan dan mungkin kekeliriuan ini sengaja dicipta bagi menyukarkan kita untuk faham. Mari aku membawa pembaca untuk melihat satu persatu apa yang dikatakan Government Service Tax dan Goods Service Tax. Dan satu lagi yang perlu anda tahu ialah Cukai Jualan yang mana ianya akan berkaitan juga dengan GST.
Apa Itu Government Service Tax?
Government Service Tax adalah cukai dengan kadar 6% yang dikenakan terhadap perkara-perkara tertentu sahaja seperti perkhidmatan profesional (akauntan, peguam, jurutera, arkitek, syarikat insurans) dan makanan seperti restoren mewah, coffee house, Starbuck, KFC, Macdonald dan lain-lain. Kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak 6%. Oleh itu apabila kita membayar sewaktu makan di Macdonald resit bayar kita akan tertulis GST. Dan GST tersebut bermaksud Government Service Tax. Sebaliknya jika anda makan nasi campur di warung bawah pokok atau mee kuah ketam pak ali semua ianya tidak akan dikenakan cukai ini.
Apa Itu Goods Service Tax?
Goods Service Tax ataupun dalam Bahasa Melayu Cukai Barangan dan Perkhidmatan ialah kadar cukai yang juga sebanyak 6% dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan kecuali beberapa barangan tertentu seperti gula, tepung, beras, belacan, cencaluk dan beberapa perkara lain termasuk perkhidmatan LRT,KTM, Bas dan penggunaan elektrik 200kWh (lebih kurang RM50) sebulan. Selain daripada itu semuanya akan dikenakan cukai sebanyak 6% iaitu Good Service Tax.
Beza antara kedua-dua cukai tersebut
Aku percaya mungkin pembaca sudah boleh melihat apa bezanya kedua-dua cukai tersebut dan mengapa ada pihak yang menentang perlaksaan GST tersebut. Apa yang boleh dirumuskan, cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 nanti adalah satu sistem yang mengcukaikan semua rakyat Malaysia tidak kira individu tersebut berpendapatan tinggi atau rendah kaya atau miskin.
Individu atau kumpulan masyarakat yang makan di Buger King dan minum petang di coffee house mewah sudah tentu tidak terkesan jika dikenakan 6% cukai terhadap makanan dan minuman yang dia makan dan minum. Tetapi dengan GST, Pak Kassim yang bekerja memandu teksi juga akan dipaksa membayar cukai sekiranya dia singgah untuk minum teh tarik di warong tepi jalan.
Ini kerana, si peniaga warong pasti akan menaikkan harga secawan teh tarik dari RM1.50 kepada RM1.80 atau RM2.00. Ini kerana, jika sebelum GST diperkenal, si peniaga warong mungkin membeli sebungkus teh dengan harga RM2.00 sebungkus. Setelah GST dilaksanakan si peniaga terpaksa membeli sebungkus serbuk teh dengan harga RM2.00 + 6%GST = RM2.12. Itu belum dikira gas yang digunakan untuk memasak air juga dikenakan cukai 6%GST setiap tong, susu pekat juga dikenakan 6% cukai GST, kos penghantaran juga 6% GST. Maka apa logiknya jika kita mahu katakan yang harga teh tarik tarik tadi tidak akan meningkat. Maka kos akhirnya akan dipindahkan kepada si pemandu teksi itu tadi.
Jika dahulu orang kaya yang makan buger di BugerKing sahaja akan dikenakan cukai 6%, selepas 1 April 2015 nanti makcik wanita Umno yang makan ikan kembong juga akan terpaksa membayar harga yang tinggi kesan dari GST. Jika dahulu pemilik kereta BMW tidak dikenakan cukai sewaktu service kereta tetapi selepas 1 April 2015 pemilik kereta kancil pun turut dikenakan cukai 6% atas perkhidmatan menyelengara kereta.
Banyak Negara Lain Telah Menjalankan GST
Ya memang banyak negara lain seperti Austrialia, US dan beberapa negara maju lain telah menjalankan GST yang mana GST mampu untuk meningkatkan pendapatan negara dari segi kutipan cukai. Tetapi negara-negara tersebut mengenakan GST terhadap rakyatnya dalam keadaan rakyat berpendapatan tinggi dan kadar inflasi di negara-negara tidak setinggi Malaysia. GST hanya sesuai untuk negara yang rakyatnya telah berada dalam keadaan berpendapatan tinggi dan kadar inflasinya terkawal.
Di Malaysia pada tahun awal 90an gaji seorang pekerja operator pengeluaran kilang mungkin dalam kadar RM900 sebulan, namun hari ini pada tahun 2014 masih terdapat ramai lagi pekerja kilang dan sektor-sektor pekerjaan yang lain mendapat gaji sebanyak RM900 sebulan. Namun harga sepinggan mee goreng pada tahun 1990 mungkin sekitar RM1.50 namun hari ini tahun 2014 harga sepinggan mee goreng telah menjadi RM4.00 sepinggan. Ini menunjukkan kos sara hidup rakyat Malaysia meningkat dengan mendadak tanpa diimbangi dengan kadar pendapatan. Itu yang dikatakan kadar inflasi yang tidak terkawal yang wujud di Malaysia. Dalam keadaan sebegini pun, pihak kerajaan mahu melaksanakan GST yang mana ianya akan terus meningkatkan kadar inflasi dan membebankan banyak pihak terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan peniaga-peniaga kecil.
Yang untungnya adalah saudagar-saudagar besar yang terlepas dari cukai jualan 10% dan hanya perlu membayar 6%GST sahaja. Alasan lain yang kita dengar GST ini mahu meringankan beban kewangan kerajaan. Kita perlu menyoal semula, mengapa apabila terbeban baru beban itu mahu dikongsi bersama rakyat tetapi sewaktu mendapat kesenangan keuntungan dari pelbagai khazanah negara tidak mahu dikongsi bersama rakyat sedangkan hasil kekayaan negara itu adalah hak rakyat dan bukannya beban itu yang patut diberikan kepada rakyat. Mungkin tema hari kemerdekaan tahun 2014 ini boleh berbunyi "Senang sorang-sorang, susah sama-sama"-TTK-
2 comments:
Well said.
Terbaik
Post a Comment