Tuesday, January 28, 2014

Faedah dan kesan Anwar Ibrahim di Selangor

Keputusan dan tindakan Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang sememangnya mengejutkan banyak pihak. Dan yang paling ketara walaupun dinafi, dengan kemenangan Anwar Ibrahim dalam PRK di Kajang ini kelak akan membuka jalan untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Dengan Anwar Ibrahim menjadi menteri besar ianya akan mewujudkan resah dan gelisah kepada lawan dan kawan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Azmin Ali pasti kempunan untuk menjadi menteri besar, Tan Sri Khalid terpaksa turun dengan secara terhormat dan Din Ayam dan PAS UG pasti mengalami demam yang tidak kebah dan Umno juga akan mengalami kencing tidak lawas. Ini kerana jalan untuk menawan semula Selangor pasti akan bertambah sukar buat Umno.

Sumber: www.selangorku.com
Sebenarnya bagi mereka yang memang mengenali gaya politik Anwar Ibrahim pasti tidak akan terkejut dengan tindakan Anwar Ibrahim ini. Jika disingkap sejarah politik Anwar Ibrahim semenjak dari MCKK, Universiti Malaya dan sewaktu memimpin Angkatan Belia Islam ABIM, siapa yang akan menjangka Anwar Ibrahim akan berada di sebelah Dr Mahathir pada pada 1982 dan mengumumkan menyertai Umno. Memang manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini penuh dengan kejutan dan surprise.

Bagi PAS UG di Selangor, jika Anwar menjadi menteri besar sudah tentu gerakan untuk mengUGkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengalami jalan sukar. Penting untuk diingati, gerakan UG ini tidak pernah padam dan berakhir. Ingat juga, hingga ke hari ini belum ada jawapan rasmi dari PAS berkenaan pertembungan di Kota Damansara yang mana Din Ayam yang juga merupakan menantu Hadi Awang merupakan mastermind dalam isu berkenaan.

Bagi Umno, mereka akan berhadapan jalan sukar untuk menawan semula Selangor. Ketokohan Anwar pasti akan menguasai setiap sendi pemerintahan di Selangor seperti mana yang pernah Anwar Ibrahim lakukan sewaktu menjadi Timbalan Presiden Umno dahulu. Jika Anwar Ibrahim melakukan yang terbaik dan paling baik untuk Selangor pasti Umno akan bertambah kusut dan ini juga akan menjadi kayu ukur oleh rakyat bagi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Tetapi harus diingat juga, cita - cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak pernah padam dan apa yang mustahak lagi untuk difahami Azmin Ali adalah orang yang paling banyak mengetahui rahsia politik Anwar Ibrahim. Berbeza dengan Tan Sri Khalid, jika diarahkan untuk beliau turun dari jawatan menteri besar dia tidak akan banyak melawan kerana banyak rahsia politik Tan Sri Khalid dalam pengetahuan Anwar Ibrahim.

Laluan menjadi Menteri Besar Selangor
Mungkin ramai yang merasakan Anwar Ibrahim pasti mudah untuk menjadi menteri besar sekiranya menang dalam PRK Kajang. Namum hakikatnya memang mudah untuk Anwar Ibrahim menang dalam PRK Kajang tetapi tidak mudah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. 

Harus difahami dan dimengerti juga, PAS mempunyai kerusi yang lebih banyak dalam Dewan Undangan Negeri DUN Selangor berbanding PKR.Tindak balas PAS dalam isu ini akan memberi pengaruh besar berkenaan siapa yang akan dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.

Cabaran seterusnya adalah dari Istana Selangor. Sudah jelas dan terang Sultan Selangor tidak mesra Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Sultan Selangor boleh menolak untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai menteri besar dengan kuasa yang diperuntukan kepadanya. Lihat krisis politik Perak tahun 2009 yang mana Sultan Perak dilihat memainkan peranan besar dalam krisis politik tersebut.

Bagi pihak Barisan Nasional, sedikit pertelingkahan mungkin akan berlaku tetapi impaknya tidak akan begitu besar. Umno dilihat begitu berahi untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kajang yang bakal berlangsung ini sedangkan kerusi DUN Kajang adalah secara tradisinya milik MCA. Jika MCA melepaskan kerusi tersebut kepada Umno ini akan menguatkan lagi presepsi orang Cina bahawa MCA ini hanya menjadi bahan bulian di dalam Barisan Nasional.

Setuju atau tidak dengan tindakan Anwar Ibrahim
Akhirnya untuk mereka yang masih terkeliru atau pun sukar untuk membuat keputusan sama ada wajar atau tidak tindakan Anwar Ibrahim mengarahkan Adun Kajang mengosongkan kerusi tersebut dan bertanding di kerusi tersebut, mari aku mengajar anda semua tentang cara bagaimana untuk membuat keputusan. Caranya ialah dengan lihat, kaji dan perhatikan adakah Umno, TV3, Utusan Malaysia, Perkasa dan Perkosa menyokong atau tidak tindakan Anwar Ibrahim ini. 

Jika kumpulan ini menentang tindakan Anwar Ibrahim ini, maka anda dan kita wajib menyokong tindakan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor. Tetapi jika kumpulan tadi bertindak menyokong tindakan Anwar Ibrahim bertanding dan Menjadi Menteri Besar Selangor maka kita wajib menentang Anwar Ibrahim di Selangor. Ini kerana apa yang tidak baik untuk Umno/Barisan Nasional adalah baik untuk Pakatan Rakyat. Maka tidak sukar untuk kita memahami dan membaca gaya politik negara dunia ke-3 seperti Malaysia. TTK.

Nota:
-TV3 dilihat menyokong Tan Sri Khalid untuk turun dari jawatan menteri besar dan digantikan dengan Azmin Ali.
-UG adalah singkatan kepada Unity Government yang merujuk kepada segolongan kumpulan dalam PAS yang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
-Din Ayam adalah gelaran kepada zaharuddin mohammad iaitu pemimpin PAS Kota Damansara (Pro-UG) dan juga menantu Presiden PAS Hadi Awang.

2 comments:

Anonymous said...

Ulasan bodoh ..hanya bersumberkan khabar angin dan logik ego sendiri

Anonymous said...

Ada ke kata pas kepanasan..... Kalau pas berkeras nak MB sapa yang kempunan?.. ada ke patut nak mampuskan "nafsu jiwa tamak jawatan " Azmin untuk jadi MB buat PRK ...
org cam azmin tu nasfu tamak cam umno xkan padam... kalau pas buat camni tengoklah 100tahun tak habis diulas,, ramah Ahli PKR fizikal PR tapi jiwa masih UMNO..cam azmin and penulis blog ini.. ulas ikut hearsay sahaja..