Karim dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu di
satu perkampungan yang agak terpencil di Perak. Budaya dan sosial masyarakat
kampung tersebut begitu terikat dengan adat istiadat dan budaya Melayu. Menjadi
satu dosa besar pada sesiapa yang tinggal di kampung tersebut yang melanggar
dan membelakangi adat istiadat budaya Melayu di kampung tersebut.
Karim seperti kanak – kanak lain
menjalani kehidupan kanak – kanaknya dengan penuh riang dan ceria. Di kampung
tempat Karim tinggal ada sepohon pokok buluh yang tumbuh dengan besar. Orang
kampung sering mengaitkan pokok buluh tersebut dengan hantu dan mengatakan
pokok buluh tersebut adalah tempat hantu yang bernama Kong Mong Nis tinggal.
Hantu Kong Mong Nis ini digambarkan dengan begitu bengis dan kejam sekali,
cerita itu dibawa dari turun ke temurun hingga ke generasi Karim yang pada itu
baru berusia 9 tahun.
Dalam usia Karim 9 tahun
tersebut, dia cukup takut apabila mendengar cerita tetang hantu Kong Mong Nis.
Bukan sahaja Karim tetapi rakan – rakan sebaya seperti Ah Meng dan Raju juga
pasti akan terkencing dalam seluar apabila mereka ditakut – takutkan oleh orang
dewasa terutama ayah dan abang – abang mereka berkenaan hantu Kong Mong Nis
ini. Cerita – cerita seram hantu Kong Mong Nis ini membuatkan Karim dan rakan –
rakannya begitu takut untuk keluar malam apatah lagi Karim mesti melintasi
pokok buluh tersebut jika mahu ke bandar.
Cerita – cerita hantu Kong Mong
Nis ini telah membuatkan Karim dan rakan – rakan sebayanya menjadi kanak –
kanak yang penakut. Mereka tidak berani menyoal banyak jika ditimbulkan
berkenaan isu hantu Kong Mong Nis ini. Jika disoal ianya seperti membawa dosa
besar dan hingga adakala dituduh tidak percaya kepada agama. Karim dan rakan
sebayanya hanya diminta untuk percaya bulat – bulat apa yang diperkatakan oleh
golongan tua berkenaan hantu Kong Mong Nis ini kepada mereka.
Sebaliknya orang – orang tua di kampung
tersebut merasa cukup gembira dan tenang sekali kerana anak – anak mereka takut
dengan hantu Kong Mong Nis. Ini kerana orang – orang tua dan ibu bapa di
kampung tersebut senang mengawal perangai dan pergerakan anak – anak mereka.
Orang – orang tua dan ibu bapa di kampung tersebut cukup yakin dapat menghalang
anak – anak mereka dari keluar pada waktu malam kerana mereka tahu anak – anak mereka
ini begitu takut dengan hantu Kong Mong Nis yang digembar – gemburkan oleh
golongan tua ini.
Setiap malam setelah malam
meninggi kanak – kanak seperti Karim, Ah Meng dan Raju ini telah nyenyak
terlena bukan kerana mengantok tetapi kerana ketakutan terhadap hantu Kong Mong
Nis yang diceritakan oleh orang – orang tua dan ibu bapa mereka setiap malam.
Tujuan orang – orang tua dan ibu bapa mereka ini menceritakan tentang kisah
hantu Kong Mong Nis ini setiap malam adalah untuk membuatkan anak – anak mereka
seperti Karim, Ah Meng dan Raju masuk tidur dengan cepat. Kerana orang – orang tua
dan ibu bapa mereka memikirkan inilah fomular yang paling mujarab untuk
membuatkan anak – anak mereka tidur dan cara begitu jugalah datuk dan nenek
Karim gunakan untuk membuatkan ayah dan ibunya cepat masuk tidur sewaktu ayah
dan ibunya kecil.
Maka setelah kanak – kanak seperti
Karim masuk ke bilik tidur dan tidur dengan cepat kerana ketakutan, maka ibu
bapa Karim boleh tersenyum riang kerana mereka sudah boleh melalukan “projek”
suami isteri. Bagi yang tidak beristeri atau tidak bersuami, pada waktu malam
setelah kanak – kanak semua tertidur nyenyak ketakutan, mereka menggunakan
peluang ini untuk ke bandar dengan melintasi pokok buluh yang mereka sendiri
gembar gemburkan terdapat hantu Kong Mong Nis tanpa rasa takut. Di bandar,
orang – orang tua ini begitu bergembira menaikki tangga – tangga rumah kedai
bagi mencari syurga dengan bayaran tertentu.
Setelah puas bersyurga mereka
lepak hingga ke pagi memabuk todi di kedai – kedai minuman yang terdapat di
bandar. Lebih celaka lagi, ada orang – orang tua ini yang sanggup mencuri duit
tabung anak – anak mereka sewaktu anak – anak mereka tidur kerana takutkan
hantu Kong Mong Nis. Adakalanya orang – orang tua ini bersungguh – sungguh menakut
– nakutkan anak – anak mereka dengan hantu Kong Mong Nis agar anak mereka tidur
dengan cepat. Setelah anak mereka tidur mereka mengambil kesempatan untuk
mencuri duit di dalam tabung anak – anak mereka untuk menaikki tangga rumah –
rumah kedai di bandar untuk menyundal dan menikmati todi di malam hari.
Bukan itu sahaja, terdapat juga orang
– orang tua yang pergi menyembah dan memuja pokok buluh yang dikatakan mempuyai
hantu Kong Mong Nis ini untuk mendapatkan nombor ekor pada malam hari.
Sebaliknya pada siang hari mereka inilah golongan yang begitu ghairah menakut –
nakutkan kanak –kanak seperti Karim berkenaan hantu Kong Mong Nis ini. Mereka
jugalah yang melarang keras hingga ketahap merotan dan mengurung kanak – kanak
seperti Karim jika ada yang menghampiri pokok buluh berkenaan dengan mengatakan
akan disorok oleh hantu Kong Mong Nis.
Hinggakan kesatu tahap golongan
orang – orang tua ini dilihat seperti pejuang hebat yang menentang hantu Kong
Mong Nis ini. Kehebatan palsu mereka ini membuatkan ramai juga kanak – kanak sebaya
Karim memandang tinggi akan kehebatan palsu orang – orang tua ini kerana tegas
menentang hantu Kong Mong Nis dan memelihara kanak – kanak seperti mereka dari
ancaman hantu Kong Mong Nis. Tetapi tanpa rakan – rakan Karim sedar orang yang
mereka fikir hebat inilah yang memuja dan menyembah hantu Kong Mong Nis setiap
malam di pokok buluh tersebut dengan tujuan untuk mendapat kekayaan dengan cepat
iaitu dengan mendapatkan nombor ekor.
Begitulah nasib Karim dan rakan –
rakannya yang lain seperti Ah Meng, Raju dan ramai lagi yang melalui zaman
kanak – kanak yang cukup memilukan yang hanya dikelilingi oleh hantu Kong Mong
Nis. Cerita hantu Kong Mong Nis ini telah membantutkan perkembangan minda kanak
– kanak mereka hingga ada dari kalangan kawan – kawan Karim yang tidak tahu
berbahasa Inggeris kerana takut untuk belajar bahasa Inggeris pada waktu malam
kerana takut dengan hantu Kong Mong Nis. Maka terpaksalah kawan – kawan Karim
ini belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Lebih memilukan, Karim
dan kawan – kawannya terpaksa dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah
kerana mereka sering histeria di sekolah akibat truma dan terganggu dengan
cerita – cerita hantu Kong Mong Nis. Dengan telefon bimbit ini mudah mereka
menghubungi ibu bapa mereka jika perasaan takut hantu Kong Mong Nis mula
timbul.
barsambung part 2:
No comments:
Post a Comment